Tuesday, December 28, 2010

Tentang Qada’ & Qadar

Salam,

Mahu bercerita tentang Qada'dan Qadar..

Qada' dan Qadar ialah ketetapan Allah s.w.t. yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan.  sebagai contoh, sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi.  Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila.  Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah.  Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila.

Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini.  Semua ini dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat.  Justeru hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan Qada' dan Qadar.

Adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi?  Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: "Imam Al-Khathabi telah berkata:  'Ramai orang mengira qada' dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah.  Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..'  Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu."

Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul.  Oleh kerana kita disuruh memilih secara yang betul, kita mempunyai pilihan.  Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah untuk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya.  Allah tidak pernah menzalimi manusia.

Justeru itu, terimalah apa jua Qada' dan Qadar dariNya...segala yang terjadi pasti ade hikmahnya...
Sebagai manusia, kita hanya merancang...Tuhan yang menentukan...

Teringat kata ini "Kita hanya pelakon..Tuhan pengarahnya..." (*_^)

: out : 1.04 p.m.

Saturday, December 18, 2010

Handling and Monitoring...berbezakan?

Salam,

Teringat kata2 seseorang..."if awak monitoring...you are now one step closer untuk menjadi seorang manager" (ayat lain sket kot)...hmmm...tapi bg diri aku, tidak cukup lagi pengalaman dalam meng'handling' untuk aku ke hadapan...masih banyak lagi bucu2 untuk ditutupi..ruang2 untuk didalami...hanya orang2 tertentu sahaja yang memahami...n i hope they will understand coz we are in the same field...

Berbalik dengan tajuk...setelah dikaji..memang sangat berbeza..lagi2 dalam bidang event...well...post ini bukanlah bertujuan untuk apa2..tapi hanya mahu memberitahu perbezaan itu...dulunya aku banyak meng'handling' tapi setelah berhijrah, kini aku dibiasakan dengan meng'monitoring'...mungkin bagi sesetengah pihak ia menyeronokkan kerana tidak perlu buat sesuatu itu dengan detail berbeza dari handling kerana perlu menguruskan itu dari A hinggalah Z..dari pre preparation, installation, on the site of event, dismantle and till post mortem...banyakkan? but it was fun!!and how bout monitoring? on the site, monitor n back to report..thats all...

Bagi aku, that is so not one of cabaran yang aku nak hadapi dalam bidang kerjaya..lagipun jika diberikan pilihan untuk handling atau monitoring, aku lagi prefer untuk handling...bukankah bilamana untuk menjadi seorang manager kite perlu khatam selok belok dalam pengurusan...well...lain orang lain pendapatnya...aku tak pernah pun melatah untuk nk marah sekalipun menuding jari kepada sesiapa pun...

Perlu membuat keputusan sekali lagi..

~ Dulunya berteman ke situ...kini sekali lagi saya ke tujuan yang sama cuma yang berbeza saya tahu jalan itu...(^^,)

* ingat tak post sebelum ini...ade cerita menarik yang nak dikongsikan...tapi tak perlulah..sebab sudah bercerita F2F...thanks banyak!

: out : 10.00 p.m 

Wednesday, December 8, 2010

Psst....

Psstt....ade citer menarik (*_^)...