Friday, April 9, 2010

Ku Bukan Aku


The more place u go…the more experience u gain…and at the same time the more people u meet – Bro Azli

Banyak aku belajar…x kesah la…kat mana2 pun…di sana ke, di sini ke, di situ ke…semuanya berbeza…semua punyai satu episod yang hampir sama, cuma watak yang berbeza.  Hidup mesti di teruskan.  Kali ini aku berdoa agar aku tidak tersilap langkah lagi…pasti, aku juga mahukan yang terbaik untuk diriku dan juga diri insan-insan yang terlibat.  Mungkin, something will happen jika aku teruskan ‘perjuangan’ itu…aku pasti Tuhan akan memberikan aku jalan yang betul, yang terbaik untuk masa depan…airmata hampir kering dek kerana itu.  Please, simpanlah sedikit untuk episod yang lebih sedih di kemudian hari nanti…itu katanya…Thanks J

Aku tidak diberhentikan baik di sana, di sini mahupun di situ.  Malah aku juga tidak dipaksa untuk berhenti tetapi aku berhenti atas keputusan orang yang memahami diriku.  Siapa lagi kalau bukan diri ini.

“Shuhadah benti kerja mesti pasal orang lain” Emak ku mengomel.  Hai la mak…anak mak ni baik sangat kot…tak pun asik mengalah aje..smpi org tgk kita mcm semut…kecik ajer…

Bukan baik tapi kita fikir tentang orang lain.  Kita letak diri kita dekat orang lain bukan diri orang lain kena letak dekat kita.  Sepertimana lidah ini berbelit nk membacanya, begitu juga fikiran untuk mengolahnya.  Cuma orang tahu berfikir sahaja yang tidak berbelit.

Always put yourself in another's shoes.  if you feel that it hurts you, it probably hurt that person too.  if you feels that it burden you, it probably burden that person too...

Aku memahami keputusan setiap pihak.  Pasti ade hikmah segalanya.  Yang penting, doa sentiasa mengiringi diriku.  Doaku sendiri, doa keluarga, teman juga sesiapa sahaja. 

“Ada...mungkin tu bukan rezeki ada...mungkin rezeki ada ditempat lain...mulakan keje br tu dgn niat kerana Allah...caiyokkk!!!” ~ komen ini di postkan di wall FB ku…terima kasih insan yang ku gelar kakak@teman.

Aku kaget bila mendapat tahu tempatku bukan di situ…apekan daya, Nurshuhadah Hamid byk sangat demandnya.  Tapi demandku untuk masa depan bukan untuk suka2. Untuk sesuatu yang tidak pasti…unexpected…kalau tidak terjadi tidak tau…jadi aku tidak mahu ianya berlaku sebelum ianya terjadi.  Kind da funny statement.  Itulah aku…degil…J

But hey!  Hidup mesti diteruskan.  Dimana sahaja aku pergi pasti ade baik buruknya.  Mana2 keputusan pasti ade cabang jalannya. Yang pastinya ade 2 jalan, buruk atau baik.  Setiap jalan itu, ade lagi 2 jalan.  Masih yang sama, buruk atau baik ~ Petikan seorang bernama BOS ~ Its non-stop sehinggalah diri ini lenyap di muka bumi. Perlu pandai memilih dan membuat keputusan dan perlu akur dengan setiap keputusan yang dibuat.  Jangan toleh ke belakang.  Pandang sahaja ke hadapan.  Hidup tak boleh nak undo dan jangan sesekali redo jika ia memburukkan keadaan.  Again…do not REDO!!!!…

Ku tutup entri ini dengan lafaz mulia Bismillahirahmanirahim.  Sekali lagi aku mulakan kerjayaku, masa depanku, serta komitmenku dengan satu harapan yang baru. Kamu tahu harapan ape?

: out : 3.15 a.m