Tuesday, December 28, 2010

Tentang Qada’ & Qadar

Salam,

Mahu bercerita tentang Qada'dan Qadar..

Qada' dan Qadar ialah ketetapan Allah s.w.t. yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan.  sebagai contoh, sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi.  Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila.  Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah.  Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila.

Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini.  Semua ini dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat.  Justeru hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan Qada' dan Qadar.

Adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi?  Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: "Imam Al-Khathabi telah berkata:  'Ramai orang mengira qada' dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah.  Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..'  Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu."

Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul.  Oleh kerana kita disuruh memilih secara yang betul, kita mempunyai pilihan.  Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah untuk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya.  Allah tidak pernah menzalimi manusia.

Justeru itu, terimalah apa jua Qada' dan Qadar dariNya...segala yang terjadi pasti ade hikmahnya...
Sebagai manusia, kita hanya merancang...Tuhan yang menentukan...

Teringat kata ini "Kita hanya pelakon..Tuhan pengarahnya..." (*_^)

: out : 1.04 p.m.

Saturday, December 18, 2010

Handling and Monitoring...berbezakan?

Salam,

Teringat kata2 seseorang..."if awak monitoring...you are now one step closer untuk menjadi seorang manager" (ayat lain sket kot)...hmmm...tapi bg diri aku, tidak cukup lagi pengalaman dalam meng'handling' untuk aku ke hadapan...masih banyak lagi bucu2 untuk ditutupi..ruang2 untuk didalami...hanya orang2 tertentu sahaja yang memahami...n i hope they will understand coz we are in the same field...

Berbalik dengan tajuk...setelah dikaji..memang sangat berbeza..lagi2 dalam bidang event...well...post ini bukanlah bertujuan untuk apa2..tapi hanya mahu memberitahu perbezaan itu...dulunya aku banyak meng'handling' tapi setelah berhijrah, kini aku dibiasakan dengan meng'monitoring'...mungkin bagi sesetengah pihak ia menyeronokkan kerana tidak perlu buat sesuatu itu dengan detail berbeza dari handling kerana perlu menguruskan itu dari A hinggalah Z..dari pre preparation, installation, on the site of event, dismantle and till post mortem...banyakkan? but it was fun!!and how bout monitoring? on the site, monitor n back to report..thats all...

Bagi aku, that is so not one of cabaran yang aku nak hadapi dalam bidang kerjaya..lagipun jika diberikan pilihan untuk handling atau monitoring, aku lagi prefer untuk handling...bukankah bilamana untuk menjadi seorang manager kite perlu khatam selok belok dalam pengurusan...well...lain orang lain pendapatnya...aku tak pernah pun melatah untuk nk marah sekalipun menuding jari kepada sesiapa pun...

Perlu membuat keputusan sekali lagi..

~ Dulunya berteman ke situ...kini sekali lagi saya ke tujuan yang sama cuma yang berbeza saya tahu jalan itu...(^^,)

* ingat tak post sebelum ini...ade cerita menarik yang nak dikongsikan...tapi tak perlulah..sebab sudah bercerita F2F...thanks banyak!

: out : 10.00 p.m 

Wednesday, December 8, 2010

Psst....

Psstt....ade citer menarik (*_^)...

Thursday, October 7, 2010

Site @ Kelana Jaya

Salam,

Pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan msg dari bosku "Jangan lupa bawak buku ceti"...adoi!...jadi Ada bertukar jadi Along....haha...untuk meminta orang duit mmg bukan kepakaranku...tapi dah namanye keje mmg terPAKSAlah...owh men..huhu

"8.15 kita jumpa" msg si eddie pulak...niatku untuk bangun lambat terbantut dek kerana msg yg menghantui mimpiku...

Seawal pukul 8 pagi aku dah terpacak di bwh ofis menanti driver sementaraku..ahaks...sesi taklimat berjalan dengan lancar...semua soalan yang diajukan terjawab dengan yakin oleh en. abu selaku ketua taklimat.  Hanya beberapa orang je yang demand terlebey itu ini...

Sehingga sekarang aku masih di site menanti kehadiran seorang peniaga bernama Haji Joefry...manalah abg ni..aku dah ngantuk tahap gaban dah ni...

mode : dah lama tak tidur lebih 6 jam....waduh!...nk kate ape...aku sayang akan mr.EVENT....

: out : 4.02 p.m.

Monday, October 4, 2010

Open House...Open House...

Salam,

Pepagi ni nk mengomel ttg open house :)...boleh dikatakan tahun ni adalah tahun yang paling byk open house aku pergi...smpi ke Seremban...perghh..siap tertido tido dlm kete sbb penat..(kalu kasi tau kat mak aku mesti kne tazkirah)..ngeh ngeh ngeh...sori mak..time ni la jenjalan ngan si putih...ngeee :)

Bercakap ttg open house, majoriti menjamukan menu yang hampir sama...kambing...sate...nasi..pelbagai mee dan kekacang...setiap open house juga aku belasah benda yang sama...pening jugelah bila makan kambing banyak sangat...tu yg tertido tido tuh...

Baru2 ni aku ke open house company lamaku...tak sempat makan kambing kerana rushing ke site bazaar haji di kelana jaya...n on the same day jugak open house di rumahku...nasib part aku mulanya kul 5 petang...Alhamdulillah...ramai juga yang hadir...yang tak sempat hadir Insyaallah jumpe tahun depan.

Company Smartworks tempatku bekerja juga tidak ketinggalan dengan open housenye..diadakan di Meru dengan alasan nk buat di ofis berhabuk dek kerana Hotel sebelah masih under renovation...ke meru jawabnya..kemeriahan terasa di sebelah malam dengan kehadiran rakan2, sahabat niaga juga jiran tetangga.  Menu yang hampir serupa cuma berlainan rasa..x kemane jauhnya...hihi...satu kejutan buat En.Hussin yakni bosku..suprise birthday celebration...katenye "Terharu saya" ahaks...sepatutnya plan kami staff bakal menyanyikan lagu hari jadi live tapi dek kerana rakan ofis lamaku awal sampainya, kami yakni daku seorang berasa segan...ooooppsss...miming jela dengan suara kanak-kanak riang...

Minggu yang sama, aku ke Seremban..niat di hati nk melawat ibuku yakni yang ku anggap ibu angkatku.  Langkah kanan bak kate orang, tak sangka pulak ade open house.  Melihat dari jauh ibuku tersenyum kegembiraan melihat kedatanganku yang tidak diduganya..statement pertama darinya "Sue, dah kurus ni...ibu tak tipu"..yeay!!!kataku dalam hati...di sepanjang aku di sana hampir ke malam tak berhenti bersembang itu ini..macam2 topik...satu topik yg kne fire pasal kete...hikhikhik...merajuk jugak ibuku tak bgtau dier pasal pembelian si putih tu...alasan penyedap hati "Nak buat suprise kat ibula..tu yang senyap tu..." ngeee...

Kesimpulannya, tahun ni adalah tahun kegembiraanku meraikan bersama keluarga, teman2 dan sahabat handai...pelbagai karenah mereka ni...xpe...asalkan aku bahagia...terima kasih semua...ngeee...:D

Minggu ni nk kemana pula?

oh ya, sebelum terlpe satu lagi statement dari Sis Syura "ada dah kecik..kurus dah ni" kalu statement2 cmni aku takkan pernah lupe smpi bila2..thanks u ollss...luv u laah!

alamak lupe lagi, cupi pun ade habaq aku kurus..hihi...toceh2

Hepi mood!!

: out : 11.37 a.m.

Monday, September 27, 2010

25 September 2010

Salam,

25 September 2010....Setahun sudah...

2 perkara berlaku...

Perpisahan dan perpisahan juga...

Perpisahan dengan seorang dan perpisahan dengan lebih dari seorang...berbezakan!

Dua-dua punyai 'feeling' yang berlainan...

Usah diungkit pasti akan berbangkit...

Menanti 25 September 2011 untuk 2 tahun berlalu...

: out : 12.30 a.m.

Sunday, September 5, 2010

BKX 5685

Salam,

Alhamdulillah...

Tajuk blog tu nmpak macam no plat kete...diam...senyum...syukur...puas hati...sedih...

Diam...diam sebab dok tengah pikir betul ke tu kete aku (dari pandangan jauh)...BKX 5685...betul la tu..no tu aku yg p beli aritu...5 Jun 85...(mulutku tak reti diam sambil dahi berkerut)...putih...suci...masih berplastik...

Senyum...senyum tatkala melihat agen keretaku melambai-lambai tangan memberi signal dier di situ sedang menunggu aku...janjiku pukul 2.00 petang tapi disebabkan aku perlu kerja pada hari ini yakni hari ahad, maka aku terdelay sket dtg kul 2.15 petang - tu pun keje tak siap lagi..sambung esok (^_^) -

Masa nk cek kete tu, aku tak abis2 senyum..beriya sangat...walaupun kereta itu tidak sehebat mana, tidak semahal kete yang mahal dan tidak seexclusive kereta idamanku, tapi hasil titik peluhku, akhirnya aku berjaya juga angkat satu. :) 

(anyway, masa nk gerak tu aku lupa tutup lampu depan (excited sangat kot)..hihi..malu sudey..wink!

Syukur...syukur ke hadrat Yang Maha Esa..hasil titik peluh aku sendiri dapat jugak aku gagahkan diri menyimpan wang sedikit sebanyak untuk berpeluang merasai sendiri memiliki sebuat aset atas nama Nurshuhadah Hamid dengan sah tanpa bantuan sesiapa (Thanks kepada my family yang walaupun pernah mahu menolongku dari segi kewangan)...tapi bukan aku tidak mahu...bukan la berlagak cuma biarlah anakmu yang dah berusia 25 tahun ini menggunakan duit sendiri 100% agar aku belajar untuk mendapatkan sesuatu dengan hasil sendiri.  Tapi kedengaran mereka mahu sponsor accessories dalaman kete!...siap ade yang nk jahit lagi...x kesahla..asalkan warna HIJAU...ngee!...

Syukur juga sebab dengan kelahiran BKX 5685 ini juga sekaligus dapat menggembirakan keluargaku terutama sekali mia parents...yang pastinya mereka sedikit pun tidak tahu bila agaknya kete ini dapat kuar (mahu kasi suprise sket)...setiap kali balik subang bakal ade soalan "bila nk beli kete?kete bila kuar?loan da lulus?...setiap kali soalan itu diajukan aku bakal menjawab "Insyaallah, if ade rezeki"...aku hanya mampu mengenyitkan mataku dengan abangah n sis aishah sebab hanya mereka berdua yang tahu.  Sekali lagi aku dan mereka memainkan watak utama dalam lakonan ini...:)

Puas Hati...puas hati sebab masa yang ditunggu-tunggu (yang sepatutnya selepas raya) akhirnya berakhir dengan sesuatu yang bermakna...sudah dipakaikan skirt juga baju berkulit hitam...3 jam menunggu tidak sikit pun hati ini mengeluh...sungguh teliti mereka...aku pasti akan ke sana lagi untuk menggelapkan sedikit ape yang patut...Insyaallah...juga puas hati dengan keyakinanku setiap kali ke 'Mesin Pengeluaran Wang'...(tidak hampa sebab kira-kira telah dibuat terlebih dahulu).  Walaupun kereta impianku masih belum dapat dimiliki (sangat lambat lagi melainkan ade pertandingan hadiah utama), tapi syukur Alhamdulillah yang dapat aku panjatkan...Terima kasih Ya Allah...

Sedih...kenapa sedih?bukan seronok ke bila taip entri kat atas tu?...hmmm...betul...gembira, excited, berdebar semuanya ade tapi...sedih sangat terpaksa memulangkan semula BFS 9027 sebuah kereta kancil milik abgku yang ku pinjam hampir selama 5 tahun itu...walaupun kecil tapi banyak meluangkan masa bersamaku...menolongku apetah lagi...juga jutaan kenangan bersama si kancil...tersadai di tepi jalan, berpanas tiada penghawa dingin, bateri yang lemah (terpaksa ditinggalkan di depan ofis lamaku sendirian), tido dalam kete dan banyak lagi episod bersama si kancil...sehingga kakiku sakit menekan clutch tapi aku sayang bangattt kat kamu...(sedey la pulak)...Insyaallah, kancil akan diserahkan semasa cuti raya...janjiku, akan ku tukar bajumu dengan yang baru, akan ku mandikan kamu sekilat yang boleh...thanks Kancil!






Kegembiraanku bercampur....bersedia menyahut 9 tahun komitmen!

: out : 11.20 p.m


Monday, August 30, 2010

Syukur...

Salam,

Hampir sebulan blog ini diam seketika…yang terakhir blog ini dikiaskan dengan satu post ASK!! Yakni Ade Saye Kisah!!..post yang kukiaskan untuk seseorang yang ntahla…aku pun tak pasti motif si X itu.

Yang membaca blog ini duk tertanya-tanya sape agaknya yang ku marahkan tu sampai hampir membenci? Ikut kata hati mahu sahaja bercerita tapi kadang2 “Silent Is The Best Solution” (kalau ex bos aku tahu ayat aku ni mahu dier membidas sekeras2nya)  aku selalu diingatkan untuk tidak lari dari masalah.  Benar.  Lari dari masalah hanya akan menyakitkan diri.  Tapi setelah diayak, ditapis, dijemur segala bagai, Alhamdulillah quoteku tadi sedikit sebanyak menolong…walaupun tidak sepenuhnya tapi sekurang2nya kami masih sahabat.

Hampir sebulan aku mendiamkan diri.  Suatu masa dulu kami bagaikan adik-beradik.  Bersama-sama dalam satu team.  Jika dia ade masalah, kadang2 akulah bakal dicarinya.  Dan selepas aku tidak bekerja sebumbung dengannya kami masih memerlukan sesame sendiri.  Untuk di kenang kembali, buang masa.  Biarlah…aku percaya Tuhan Maha Adil.  Yang bercerita dan yang ber’unsangkarable’ pasti akan tutup mulut bila penat..

Dan yang pastinya sesuatu yang kuterima pada hari ini (25 Ogos 2010) sangat menggembirakan aku…terima kasih Ya Allah.  Kini Alhamdulillah, kami seperti biasa.

Walaupun tidak duduk bersemuka tapi aku sudah melupakannya dan jika ketemu sekalipun aku pasti tidak mahu bicara tentang ini lagi…

Mr. X, Tuhan telah menghukumku dan Tuhan juga telah menemukan kamu dengan seseorang yang lebih baik dari diriku dan juga kamu bakal disandingkan dengannya tidak lama lagi.  Setiap yang terjadi pasti ade sebabnya.  Percayalah…

: Didraft sebaik sahaja aku membaca sesuatu.  Syukur…

: out : 6.06 a.m   

Tuesday, August 3, 2010

Ade saya kisah!!

Salam,

Tajuk entri pun dah boleh agak aku sedang atau bakal membenci...tapi ku sabarkan hati ini sebab ingat TTM ku berkata "Jangan benci orang...biar orang buat kat kita tapi kita jangan buat kat orang".  Justeru itu di sini ingin aku katakan "aku tidak membenci kamu tapi jangan buat aku benci kamu"

Mungkin dier tidak puas hati dengan aku di atas sebab-sebab yang dulu pernah terjadi suatu kehancuran (mesti fikiran kalian sudah berfikir itu ini).  Sesiapa sahaja lah yang makan cili dier yang terasa pedas.

Terima kasih kepada yang ku gelar informer (semua kawan2ku akan ku gelar informer sebab dorang akan bercerita jika cerita itu memfitnah aku).  Selepas dengar semua - TING!! (nama2 itu naik di kepala)..Ade saya kisah!! (masih menggunakan 'saya')

Putar belit cerita..itu hobi anda atau menambah2kan cerita juga hobi anda..banyak sungguh hobi kamu..mungkin tiada kerja di waktu lapang...memang bagus jika diisi waktu lapang itu tapi bukan lah dengan hobi yang sebegini...

Untuk pengetahuan sesiapa yang bakal membaca, pada 14 Julai 2010 yakni hari Rabu malam, aku ke sana untuk berjumpa BOS lamaku...di ulangi BOS lamaku...atas urusan kerja...pergi bersama seseorang bukanlah kerana sengaja...tapi juga aku ade sebab2 tertentu...cukup itu sahaja..jika masih tidak puas hati sila berdepan dengan aku tapi bukan lah bercerita benda yang tidak benar sama sekali.

Well, selepas mendengar semua itu, hati sudah surut untuk berkata "Saya terima offer itu"...

Sekian,

Aku maafkan kamu wahai pencerita....

: out : 9.32 a.m.

Monday, August 2, 2010

31 Julai 2010



Salam,

Sedang aku meng'online'kan diri, mesej hpku berbunyi...

"Ayah sakit"

Kali ini bukan panggilan yang aku terima seperti mana yang terjadi pasa 3 Jun 2009.  Aku pasti hanya mesej sahaja yang kakakku mampu.

Sesaat sahaja aku membaca mesej aku teruskan mengambil kunci kereta dan....sekali lagi aku memecut tanpa fikir apa.

....................................................................

Ayah sakit...

Biarpun tidak seteruk tahun lalu, namun ia sudah mampu membuatkan aku terkedu yang amat.  Saat menerima mesej daripada kakakku memberitahu perkhabaran berita tersebut, aku tidak mampu meneruskan kata. 

Keadaan ayah lemah. hanya mampu berbaring dan tidur. sesekali ayah terjaga dek batuk & sakit2 badan.  Ada ketikanya juga, ayah muntah.  Ayah juga hanya mampu membenarkan dua sudu bubur nasi menjengah tekaknya.  Ketika ini semua berlaku, aku tidak mampu memandang ayah. bimbang air mata gugur.

Dalam pd itu, tersentuh hati melihatkan mak yg cekal menjaga ayah biarpun keadaan kesihatan mak juga tidak memuaskan.  Pernah suatu ketika dahulu, ayah bersuara. katanya, "ayah beruntung sgt dpt mak kau jd isteri."

Ayah, ketahuilah bahawasanya kami, anak2 ayah, juga beruntung kerana memiliki ayah & mak.

Aku sayang mak, ayahabangabangahakakanakak aishahtashaismaliyahasnul husna. Aku juga sentiasa mengingati arwah shahidah walaupun tidak sempat bermain bersamanya.

Ya, Allah... kupohon semoga masih Kau berikan kesempatan untukku menjalani ibadah puasa & merasai kemeriahan hari raya bersama keluargaku.

Akan aku pastikan tiada apa yang bakal menjadi penghalang kasih sayang aku terhadap keluarga dan semestinya terhadap Allah.
Hatiku di rumah....

: out : 7.22 p.m.

Wednesday, July 21, 2010

Biarkan saja... :)

Salam,

Sunyi blog ni tanpa ayat...well untuk tidak menyakitkan sesiapa juga untuk tidak menghancurkan apa2 baik aku senyap..tapi senyap bukan beerti mengalah tapi hanya Tuhan yang tahu...biarkan saja bak kata mereka..suatu hari nanti..kalu perlu aku berkata..itu pasti..biarkan yang sana setel dulu...cewah..hahahaha...

Right now aku sangat selesa keadaan sekarang...selesa dengan segalanya dan daku sangat hepi dengan itu...thanks sangat2 :) ...

Tahun depan bakal merubah segala-galanya...Insyaallah...juga 7 tahun lagi bakal kah tragedi Mei berulang kembali..ahaks..just kidding...ngeh ngeh ngeh..xde mknenya...hihi...

oklah..mood ceria ni nk gne sampai tahun depan...ngeee

adios...:)

: out :11.30 a.m

Tuesday, June 1, 2010

Seronok sangat.. :D..terima kasih beri peluang

Salam,

Tangan ini tidak sabar untuk menaip ape yang sangat seronok tentang tajuk post kali ini...sabar ye jari jemari...kamu bz kan...buat keje dulu k :)

Pagi ini aku sampai awal diofis.  Memang hajat dihati nak menaip sesuatu.  Baik di facebook mahupun blog.  Minggu lepas, aktivitiku diisi dengan pengalaman dulu di mana aku turut serta dalam satu event yang dulunya pernah aku pegang sebagai project manager.  Niat memang mahu bercuti bersama teman-teman, tapi alang-alang mereka di tempat yang sama untuk satu event, aku juga menyelit menyibuk di situ. 

Pagi Jumaat kira-kira pukul 9 pagi, kami mulakan perjalanan menuju ke Ipoh, Perak.  Singgah di Nasyeed.com menculik Sheera :) ..Perut berbunyi mendendangkan lagu ntah ape2 menandakan aku lapar, tapi hati yang tidak sabar untuk 'menyibuk' itu mengetepikan semua perasaan.  Yela..dah lama aku tidak memegang walkie talkie...dah lama aku tidak menyusun meja kerusi...dah lama aku tidak menjaga meja pendaftaran juga sudah lama aku tidak menjaga booth :) ...satu perasaan yang luar biasa.

Tidak dinafikan, di tempatku bekerja juga aku diberi tugasan untuk semua itu.  Tapi berbeza sama sekali.  Kali ini aku berkongsi projek dengan executive lain...jika di tempat dulu aku di beri satu tugasan 100% di bawahku.  Satu event serta merta.  Entah lah..mungkin tidak biasa berkongsi event dengan orang lain, jadi kerjanya tidak seseronok dulu..hmm..ade hikmah semua ini...i believe in that!

Tak mahu sedih2...nk cerita tentang keseronokan di Perak.  Perjalanan ke Perak berjalan dengan lancar diselang-selikan dengan kesesakan lalu lintas yang tidak mempunyai sebab..biasalah...

Kami berlima termasuk si kecil Iffah...juga di dalam kereta, Sis Fara n Bro Kerol (memandu).  Bermacam-macam lagu yang kami nyanyi dalam kereta termasuklah my feveret song :) bagi menghilangkan rase ngantuk dan boring.  Lebih kurang pukul 12 tengah hari kami tiba di Ipoh.  Barulah tangan ini terhegeh-hegeh menekan keypad hp untuk mencari hotel...Suprising!! semuanya FULLY BOOKED...di ulangi FULLY BOOKED!!!...lebih kurang 1/2 jam mencari akhirnya ketemu jua hotel yang dalam ayat cina nya 'cikai'...ahaks...tapi secikai2 pun berbaloi...mcm hotel 5 star..ade WiFi yang penting...ngeh ngeh ngeh...kami lepak di ParkView Hotel..ngam2 2 bilik yang tinggal.

Check in ~ rehat ~ solat...selesai semua, time to bersosial...heheheh...kami ke Fudcourt Giant untuk makan tengah hari...seterusnya menuju ke Tambun...Lost World of Tambun...kebiasaannya orang ke sana untuk mandi manda tetapi disebabkan sebab yang menyebabkan sebab itu :), kami hanya ke zoo dan bermain game sahaja...sungguhpun hanya itu, tapi it was fun u know!!...sangat seronok...aku terlupa sekejap tentang kerja...tentang rutin harianku...pergi jauh2...

Pukul 6 petang kami keluar dari sana menuju semula ke hotel penginapan kami.  Sementara menunggu solat Maghrib, sempat aku berfacebook.  hihi...facebook dan Aku tidak boleh berjauhan...Hai la facebook...kawin jela ngan aku..:)...hp ku berbunyi menandakan mesej masuk..."Kitorang kat Lobby"...mereka sudah menunggu...sori sis...i hate to wait n at the same time i hate people have to wait for me...bergegas aku bersiap...sheera apetah lagi...sekali lagi kami keluar untuk makan malam...

Kami ke Ipoh Parade untuk makan malam...hmm..semuanya restoran cina...adelah yang melayu tetapi tidak mengiurkan...akhirnya ke Marry Brown kami tuju..ngeh ngeh ngeh...Sementara menunggu untuk ke Greentown Mall kami pun mengambil kesempatan berlegar2 dalam Ipoh Parade...

Lebih kurang pukul 9.45 malam kami menuju ke Greentown Mall...malam inilah bermulanya episod seorang project coordinator yang dulunya position ini pernah ku miliki...set up barang...aku pura2 tidak mahu melihat sedikit pun kerja2 tersebut...tapi hati seorang pencinta event ini tidak boleh dinafikan...tanpa berfikir..aku mula bertanya itu ini ke Nurul (yang mengambil alih tugasku)...esok juri dtg kul bape? pendaftaran kul bape? walkie talkie dah charge? sape jage pendaftaran...dan banyak lagi soalan2 yang biasa aku tanyakan sehingga si Nurul dah boring (mungkin dalam hatinya "Siapa punya event ni?"..huhu sori...my mistake..tapi bila dapat jawapan positif dari Nurul hatiku senang menandakan Insyaallah event ini bakal berjalan lancar.  Kami tidak lama di site..masing2 sudah keletihan...pulang ke hotel lebih kurang pukul 11 malam...selepas berfacebook, lampu di tutup...aku hanyut dibuai mimpi...

Pagi itu...

Hati tidak sabar untuk memulakan kerja (macamlah aku ni involve).."Kak Fara, nnt kita jalan2 ek kat Greentown Mall tu mase dorang tengah event"  haha...jangan harap...sampai di site...janjiku entah ke mana n kak fara entah ke mana...aku merasakan akulah project manager untuk event hari tu...(perasan tul Nurshuhadah Hamid ni :)

"Nurul, nk akak tolong ape ni?"
"Akak jaga booth la ek...pastu key in markah" arah Nurul.
"Beres!" jawab ku seronok..even bukan suatu kerja yang berat tapi thanks sangat sebab bagi aku menyibuk...

Tapi seperti biasa..dalam pemerhatianku..kadang-kadang aku bertanyakan ke Nurul...kadang2 juga mungkin suatu arahan..actually bukan arahan tetapi niat untuk membetulkan untuk yang terbaik...sori bos kalu kedatangan daku ini mengacau..huhu...

Dalam event itu berlangsung, ape yang aku nampak masih ade beberapa perkara yang leaking...but nobody perfect...same goes to me...:)

Cuaca agak mendung hari itu...ya..hujan yang sangat lebat...ribut..banjir...ade yang mengatakan "hg tau pasai apa banjir?pasai hg mai la dia banjir" hihi...i take it as a joke...gurauan semata2...sebab aku tau mereka tidak begitu..

Plan B...panjang yang mahu diceritakan...biarlah ia menjadi seribu kenangan kat aku...sangat seronok hari itu...aku seperti dalam mood 'Team' itu kembali...:D

Selesai event, dalam keletihan kami gagahkan juga diri ini untuk pulang ke Shah Alam...singgah di RnR untuk dinner...aku tertido sambil airmata mengalir ~ Aku rindu saat-saat itu ~ 

"Ya Allah, jika tempatku akhirnya bukan di situ, Kau berilah aku tempat yang mungkin hampir sama seperti tempat itu.  Kau permudahkanlah urusan aku...Kau berilah aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang...amin"

Aku tiba di rumah lebih kurang pukul 12 malam...keletihan tetapi tidak mahu tido...mulalah fikiran ini melayang segala bagai...

Terima kasih kepada krew NC...Hari cutiku ditambah dengan pengalaman terindah yang tidak dapat aku ungkaikan...i luv u all so damn much!!!!

Aku menutup diari ini dengan senyuman yang lebar tanda kepuasan...Akhirnya!!!!!

: out : 10.40 a.m.

Friday, May 7, 2010

Bercampur

Salam 

Hampir sebulan lebih blog ini sunyi tanpa berita…

Hampir sebulan lebih juga aku berada di alam bekerja yang bukan baru dan bukan lama yang bagiku sedang berada di zon selesa.  Seronok dengan tempat itu (walaupun aku kepingin bangat untuk dapat ‘position’ itu kembali).  Tapi aku tabah dan aku percaya ade hikmah semua itu.  Mujur….benar…hakikatnya, Tuhan lebih mengetahui.  Position itu tidak diberikan kepadaku sebab ia bakal menyusahkan aku juga menyusahkan orang-orang di sekeliling.  Syukur aku panjatkan kerana aku tidak di situ.  Tapi setiap kali aku munculkan diri di sana, tidak lepas walau sesaat pun mata ini menjeling ke tempat itu…senyum tanda percaya tempat itu bukan lagi untuk aku lagi-lagi sudah berubah tempat.

Hari-hariku kini sibuk dengan perkara-perkara yang seronok dan ade juga yang menyakitkan.  Setiap kali singgah di blog teman-temanku, mereka rajin mengupdate blog mereka.  Banyak suka duka dikongsikan di blog masing-masing, dan aku? Bercampur.  Kadang-kadang seronok, kadang-kadang sedih, dan kadang-kadang pura-pura seronok…yeah..it’s me…suka dengan kepura-puraan…tapi kadang-kadang pura-pura itu boleh jadi teman baik.  Boleh membuat seseorang gembira.  Aku gembira tatkala melihat yang lain gembira biarlah walau terpaksa berpura-pura.  Hakikatnya sakit….

Masih segar tatkala berborak dengan seseorang semalam (nama dirahsiakan) “Pikir camner nak memajukan diri sudah...jadi manusia biar jadikan kehidupan kita ni mudah…walaupun susah...” jadi, aku biarkan kesusahan itu menjadi mudah…bole ke aku?Insyaallah…

Lately ni aku memang sangat moody.  Maaf, bak kate seseorang “senyum macamana pun ada, nampak sangat senyum tidak ikhlas…penuh dengan keterpaksaan”.  Sesungguhnya, aku tidak mahu kalian turut sedih setiap kali melihat aku sedih.  Aku mahu kalian gembira supaya bila aku sedang sedih kegembiraan kalian itu aku gunakan…itu je aku mintak…kalau boleh aku mau minta yang lain…lebih dari ini…tapi aku pasti aku taknak..aku dah buang jauh-jauh.  Jauh sangat walau ia dekat.  Tapi, siapa kita nak halang perkara yang tak diinginikan?  The truth colors is here…aku sudah kenal…dan like what I mention kat facebook, ‘aku punyai instinct yang kuat’  ye…sangat kuat.  terima kasih teman kerana pinjamkan kegembiraan itu dulunya aku sewa tapi kali ini aku nak beli boleh? Terima kasih…aku cuba membalas jasa kalian tetapi jika masa tidak mengizinkan, hanya Tuhan yang dapat balas.

Hujung minggu masa dibuang dan dipenuhi dengan aktiviti yang menyihatkan aku…beriadah bersama rakan-rakan.  Juga hujung minggu ini, jadualku bakal terisi dengan aktiviti.

Aku masih bercampur…campur ape? Ikut kata hati….hidup ini bagaikan roda…

v  ** Next post aku akan pastikan ianya punyai icon J yang sangat banyak.  Mahu menceritakan aktiviti hujung minggu ku…yeay!! ~

Aku rindu ibu ~

 : out : 12.04 a.m

Friday, April 9, 2010

Ku Bukan Aku


The more place u go…the more experience u gain…and at the same time the more people u meet – Bro Azli

Banyak aku belajar…x kesah la…kat mana2 pun…di sana ke, di sini ke, di situ ke…semuanya berbeza…semua punyai satu episod yang hampir sama, cuma watak yang berbeza.  Hidup mesti di teruskan.  Kali ini aku berdoa agar aku tidak tersilap langkah lagi…pasti, aku juga mahukan yang terbaik untuk diriku dan juga diri insan-insan yang terlibat.  Mungkin, something will happen jika aku teruskan ‘perjuangan’ itu…aku pasti Tuhan akan memberikan aku jalan yang betul, yang terbaik untuk masa depan…airmata hampir kering dek kerana itu.  Please, simpanlah sedikit untuk episod yang lebih sedih di kemudian hari nanti…itu katanya…Thanks J

Aku tidak diberhentikan baik di sana, di sini mahupun di situ.  Malah aku juga tidak dipaksa untuk berhenti tetapi aku berhenti atas keputusan orang yang memahami diriku.  Siapa lagi kalau bukan diri ini.

“Shuhadah benti kerja mesti pasal orang lain” Emak ku mengomel.  Hai la mak…anak mak ni baik sangat kot…tak pun asik mengalah aje..smpi org tgk kita mcm semut…kecik ajer…

Bukan baik tapi kita fikir tentang orang lain.  Kita letak diri kita dekat orang lain bukan diri orang lain kena letak dekat kita.  Sepertimana lidah ini berbelit nk membacanya, begitu juga fikiran untuk mengolahnya.  Cuma orang tahu berfikir sahaja yang tidak berbelit.

Always put yourself in another's shoes.  if you feel that it hurts you, it probably hurt that person too.  if you feels that it burden you, it probably burden that person too...

Aku memahami keputusan setiap pihak.  Pasti ade hikmah segalanya.  Yang penting, doa sentiasa mengiringi diriku.  Doaku sendiri, doa keluarga, teman juga sesiapa sahaja. 

“Ada...mungkin tu bukan rezeki ada...mungkin rezeki ada ditempat lain...mulakan keje br tu dgn niat kerana Allah...caiyokkk!!!” ~ komen ini di postkan di wall FB ku…terima kasih insan yang ku gelar kakak@teman.

Aku kaget bila mendapat tahu tempatku bukan di situ…apekan daya, Nurshuhadah Hamid byk sangat demandnya.  Tapi demandku untuk masa depan bukan untuk suka2. Untuk sesuatu yang tidak pasti…unexpected…kalau tidak terjadi tidak tau…jadi aku tidak mahu ianya berlaku sebelum ianya terjadi.  Kind da funny statement.  Itulah aku…degil…J

But hey!  Hidup mesti diteruskan.  Dimana sahaja aku pergi pasti ade baik buruknya.  Mana2 keputusan pasti ade cabang jalannya. Yang pastinya ade 2 jalan, buruk atau baik.  Setiap jalan itu, ade lagi 2 jalan.  Masih yang sama, buruk atau baik ~ Petikan seorang bernama BOS ~ Its non-stop sehinggalah diri ini lenyap di muka bumi. Perlu pandai memilih dan membuat keputusan dan perlu akur dengan setiap keputusan yang dibuat.  Jangan toleh ke belakang.  Pandang sahaja ke hadapan.  Hidup tak boleh nak undo dan jangan sesekali redo jika ia memburukkan keadaan.  Again…do not REDO!!!!…

Ku tutup entri ini dengan lafaz mulia Bismillahirahmanirahim.  Sekali lagi aku mulakan kerjayaku, masa depanku, serta komitmenku dengan satu harapan yang baru. Kamu tahu harapan ape?

: out : 3.15 a.m

Tuesday, March 30, 2010

Unik Bangat











Salam,

First time masuk kedai ni rse mcm was-was sebab semua pekerja dah mcm muka org cina..tp kalau diikutkan nama kedai, melayu gamaknya.  Yang dok jge kaunter juga seorang melayu..hihi...Lapar punya pasal, singgah aje...Alhamdulillah melayu :)...restoran nya sangat unik...pasang citer lme2...lagu old skool...juga barang2 antik yang for me sangat x jemu untuk di tenung..ahaks..siap boleh lepak men game...haha...sementara menunggu masakan siap...sempat bermain game dulu2...very interesting...ttbe rse nk bwk parents g mkn situ...tungga ya :)

: out : 6.45 a.m


Saturday, February 6, 2010

Thanks ya sis!

Salam,

Membaca blog itu aku merasa sungguh seronok dan part of it dengan ayat yg lebih tepat is 'aku lega dan syabas to her'...n thanks sbb dengan post itu dah membuka mata semua pihak bahawasanya...blog kadang2 boleh merosakkan hubungan sesiapa pun...kawan, teman, kekasih, suami, mahupun...sesiapalah...aku juga berharap untuk publish post sebegitu...nntlah...draft nye dah ade tp sepertimana sis berckp kne ade tapisan sehingga yg ke 1000 kali pun xpe...i will...untuk tidak mendatangkan masalah...hihi...

Semalam aku membacanya sekali lagi...benar...ape yang boleh aku ckpkan di sini adalah...aku sangat setuju dengan statement itu...tidak tinggal sedikit pun yg tidak setuju...berborak dengan rakan lama lebih menguatkan 'setuju' itu...thanks my kawan...:)...kdg2 bce blog org ni bole memuhasabahkan diri...tp kadang2 ade yg terlebey sudah...ahaks

sampai sini saja...jmpe lagi di post yang akan di publish sesudah 1000 kali tapisan...:)

Thanks sis...

: out : 11.48 a.m. (sedang menunggu kereta siap di service)

Friday, January 29, 2010

Ketemu Dia

Tika keseorangan
Dan kebingungan
Ku hiba hilang arah

Ku hampir hilang segala-galanya…ohhh
Ku terima semua

Akhirnya ku temu Dia
Memberi kekuatan pedoman
Akanku melangkah
Akanku teruskan kehidupan
Kernaku tahu Dia sentiasa disisiku
Oh Tuhan

Kusujud menghadapmu
Menitis airmata
Butiran tasbih aku alunkan

Kini aku diberikan kekuatan
Menempuh cabaran dugaan

Ku senyum melihat keagunganmu
Memberiku cahaya

Ku sedar aku masih ada
Cinta dan kasihNya
Hatiku pantas pun berkata
Dia segalanya

: Lirik : Nurshuhadah Hamid

Friday, January 1, 2010

Sekiranya…..cukup genap…..bersedia…..

Salam,


Janjiku untuk bercerita di tunaikan di sini…sepatutnya 2 cerita but I guess it will be more complete wit another story untuk di kongsikan…cerita yg terjadi serentak…cerita ini akan dimetaforakan…


Sekiranya…..cukup genap…..bersedia…..


Setahun…


Sekiranya aku masih berkhidmat di tempat lama, tarikh 31 Disember 2009 cukup setahun aku disitu…jika…tapi rezeki aku tidak di situ mungkin.  Keputusan memihak untuk berhijrah ke tempat lain untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain.  Itu dugaku.  Tapi penghijrahan itu adekalanya tak berbaloi… aku redha…di tempat itula aku memulakan dan menghadapi dunia kerjaya.  Juga ditempat itulah aku mengenali client yang Alhamdulillah masih bercontact denganku…Encik Faizall Mu’min…Ustz Uziana BNM…Sis Fazilah Mobecomm…dan ramai lagi…yang pastinya mereka semua ku kenali di tempat lama…Thanks…hmm…walau aku tidak sempat memenuhi setahun itu dengan berkhidmat sebagai Project Coordinator (aku sangat suka position itu) di sana…tali ukhuwah dengan pekerja dan bos2 di sana masih baik…sangat baik…masih seperti sebuah keluarga yang erat…aku rindu semua itu…moga ia berkekalan…Insyaallah…25 September hari terakhirku di situ…walau belum mendapat tempat lain tapi aku dah bagi surat notis...sangat berani...Akhirnya aku merantau di tempat lain…masih bidang yang sama cuma position yang berlainan…


3 bulan…


Cukup genap 3 bulan, tarikh 31 Disember juga menandakan cukup 3 bulan aku berada di situ…tempat penghijrahanku selepas tempat di atas..aku selesa di sana…walaupun masih 50-50 pada hari pertama…hari ke hari aku berjaya menyesuaikan diri di sana…Rutin harian sengaja ku sibukkan diri dengan kerja2 yang adekalanya sengaja ku cari untuk tidak melamun.  Sekumtum bunga di taman membuatkan aku tidak selesa…xde bunga lain nk bergosip…but it was fun to be there with e staff coz dorang ni giler2 termasuklah bos2nye..xdela formal n skema sgt…hmm…aku igtkan disitula akan menjadi sekali lagi titik permulaan bagiku untuk membina kerjaya semula.  Tapi…31 Disember 2009 menjadi hari terakhir aku di sne.  Kenapa?biarlah rahsia…and one more thing…ade episode yg hampir sama berlaku di sini sama seperti episode tempat di atas…shhh…J…keputusan untuk menarik diri sukar dibuat.  It takes about 3 weeks untuk mendapatkan keputusan…but still selepas 3 minggu masih keputusan tak dapat diputuskan.  Feel so guilty bila mereka encounter dengan bermacam-macam cara..sori semua…membazirkan duit je kan…huhu…life must go on…thanks for the nice opportunity to both place…selamat tinggal 2009…selamat datang 2010…
Mulakan dengan bismillah…


Bersedia dengan tugasan baru…di tempat yang baru…di position yang baru…dan sekali lagi berjumpa dengan orang baru..it was fun..other than gain experience, but I’ll meet new people wit new attitude…I like!!...1 Januari 2010…walaupun dalam mood bercuti dan menyambut tahun baru tapi kerja tetap kerja…komitmen perlu di berikan dengan baik.  2010 akan mengubah segala-galanya…harapanku…BERSEDIA!!!


: out : 1.41 a.m.