Wednesday, December 30, 2009

Selamat tinggal 2009…Selamat datang 2010

Salam,


Selamat datang ~ Welcome ~ Huan Ying ~ Svagata


First of all, mungkin terlalu awal untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2010.  Tapi bahang untuk menuju tahun baru sudah ade, walau masih tinggal 1 hari lagi untuk melakukan apa yang patut sebelum kaki ini melangkah ke untuk 2010.  Ucapan ini aku tujukan khas buat sesiapa yang mengenali diri aku especially to my family, friends, officemate lama, officemate terkini juga yang akan datang and ‘Teman tapi mesra’ and all those yg byk support aku…Happy New Year!!


Like usual, kebanyakan orang berkobar-kobar untuk memulakan tahun baru.  Begitu juga aku, tidak sabar menunggu 2010 datang untuk aku memulakan azam baru.  Semestinya ia sesuatu yang bagus.  Itu pun jika keinginan itu benar-benar serius dan bukan sekadar bersandarkan kepada tahun BARU.  For me, daripada menekan diri untuk mencapai sesuatu dalam masa satu tahun, lebih baik menentukan matlamat untuk pencapaian yang dimahukan.  Agak banyak jugakla azam aku tp the most important things are to Forgive and to Forget


Hujung tahun 2009 ni juga sudah membariskan dateline yg perlu aku settlekan untuk 2010…menaip buku…thanks God dah ade dateline kalu tak aku sendiri tak tau which one yg kne buat dulu.  Lepas ni kne menyusun segala yang patut.  Well, tahun 2010 juga akan bermulanya kehidupan baru yang sedikit sebanyak mengubah ape yang ku cita2kan untuk menjadi seorang Event Manager.  Menjadi seorang yang dipenuhi dengan documentation dan menjadi seorang yang akan mengekori bosnya…hmm…not in the list…but I believe I can do it…Insyaallah.  Unexpected…but hey! The more difficulties u face, the more experience u will gain…believe that Are-da!!...Kali ini juga keputusan yang dibuat bukan dari diri sendiri…not at all…thanks to my family yang sentiasa bagi support kat anak bongsu diorang ni J…thanks to warga NC gak yang sudi bagi opportunity kat aku untuk aku changes even tak besar perubahan itu tapi dengan niat untuk menjadi lebih baik.  Thank you so much!!!


Tahun 2009 meninggalkan banyak sejarah~episod~kenangan yang sangat indah bagiku…thanks for that…lengkap dengan suka, duka, gembira, sedih.  Untuk mengharunginya, aku tidak keseorangan.  Masih jelas…ade manusia disampingku.  Paling menggembirakan sewaktu mendapat gaji pertama, sewaktu mendapat task pertama, sewaktu berjumpa client pertama, sewaktu berada di bilik meeting buat kali pertama…bermula kehidupan sebenar di dunia kerjaya itu…terharu bercampur gembira.  Juga pada pertengahan tahun, episod indah yang bagiku satu memori yang susah untuk ku lupakan.  Thanks for that too…aku gembira…segalanya akan berlalu…pasti…


Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, tahun 2010 akanku gunakan ia sebaik mungkin…akanku manfaatkan ia sehebat yang boleh…dan yang pastinya akanku ubah diri ini menjadi lebih kuat…yang dulunya suka lari dari masalah, suka sendirian, suka mengalah dan suka menjaga hati…kali ini demi maruahku akan aku pertahankan segalanya…biarlah kalau ia akan menyebabkan aku kehilangan sesuatu@seseorang, at least tidak lagi dipijak sewenang-wenangnya…diam2ku jangan disangka tidak ade perasaan…


Rancang dengan apa yang ada di tangan (will remember that quotes forever)…doaku…


Akhir sekali, sebelum 2009 menutup tirai episod, di kesempatan ini aku ingin menyusun 10 jari meminta maaf jika diri ini menggangu tanpa izin…jika diri ini tidak disenangi...jika diri ini gagal mengawal...maaf...aku juga sudah memaafkan semua orang even melupakannya agak sukar tapi aku percaya memaafkannya sentiasa dan meninggalkannya perlu…akan aku harungi fasa seterusnya dengan cekal dan tabah…Ya Allah..Kau permudahkanlah segalanya...amin


Selamat tinggal 2009!


: out : 1.57 p.m.

Monday, December 28, 2009

Makin dekat...

Salam,

Life gonna be change soon...Doaku moga Tuhan permudahkan segalanya...Thanks kepada semua yang telah memberi support...Family, warga NC, warga Smartworks, teman2, teman tapi mesra, semualah...nk list nama...xyahlah...paham2 sudey...ahaks...Thank you very much :)

: out : 6.10 p.m.


Friday, December 18, 2009

Tanah...


Salam,

Kelmarin ade lepak dengan seseorang...bukak cerita tentang personaliti diri masing2...ade 4 unsur...tanah, air, api dan angin...katenye aku ni di kategorikan sebagai personaliti yang berunsur tanah...sebab aku anak kelima...seseorang yang berunsurkan tanah ni adelah dari anak yang pertama, kelima dan kesembilan...tergerak hati nak tahu ape agaknye disebalik personaliti yang berunsurkan tanah ni....ape lagi...searchla kat internet...:)

Tanah :-

Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melakukan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

hmm...awalnya sifat merendah diri itu sangat betul...memang ade pada aku...tidak cerewet juga betul...ya...dengan sifat itu jugalah akan mengundang impak negatif...dah pun terjadi...dan di kesempatan ini aku harap dengan tibanya tahun baru hijrah ini aku dapat mengubah sedikit demi sedikit sifat negatif ku ini...bole ke?doakan aku..

Bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi?....hmmm...depends..kekadang mmg aku pro untuk mengimbangi emosi but sumtime tu dah xle control..biasala...perempuan...hihi

Ape-ape pun...aku harapkan tahun baru ini aku dapat sinar yang baru untuk lebih menerangi hidup aku...dan juga aku berharap agar cahaya itu dapat menembusi segala-galanya...Insyaallah...

: out : 10.47 a.m.

Wednesday, December 16, 2009

31 Disember 2009

Salam,

Tarikh 31 Disember 2009.  2 peristiwa berkongsi tarikh yang sama.  Yang pastinya ia bakal terjadi serentak...sekiranya dan cukup genap....masing-masing memberi makna yang berlainan...bakal aku coretkan kelak bila tiba tarikhnya...Insyaallah...

: out : 1.21 a.m.