Monday, August 30, 2010

Syukur...

Salam,

Hampir sebulan blog ini diam seketika…yang terakhir blog ini dikiaskan dengan satu post ASK!! Yakni Ade Saye Kisah!!..post yang kukiaskan untuk seseorang yang ntahla…aku pun tak pasti motif si X itu.

Yang membaca blog ini duk tertanya-tanya sape agaknya yang ku marahkan tu sampai hampir membenci? Ikut kata hati mahu sahaja bercerita tapi kadang2 “Silent Is The Best Solution” (kalau ex bos aku tahu ayat aku ni mahu dier membidas sekeras2nya)  aku selalu diingatkan untuk tidak lari dari masalah.  Benar.  Lari dari masalah hanya akan menyakitkan diri.  Tapi setelah diayak, ditapis, dijemur segala bagai, Alhamdulillah quoteku tadi sedikit sebanyak menolong…walaupun tidak sepenuhnya tapi sekurang2nya kami masih sahabat.

Hampir sebulan aku mendiamkan diri.  Suatu masa dulu kami bagaikan adik-beradik.  Bersama-sama dalam satu team.  Jika dia ade masalah, kadang2 akulah bakal dicarinya.  Dan selepas aku tidak bekerja sebumbung dengannya kami masih memerlukan sesame sendiri.  Untuk di kenang kembali, buang masa.  Biarlah…aku percaya Tuhan Maha Adil.  Yang bercerita dan yang ber’unsangkarable’ pasti akan tutup mulut bila penat..

Dan yang pastinya sesuatu yang kuterima pada hari ini (25 Ogos 2010) sangat menggembirakan aku…terima kasih Ya Allah.  Kini Alhamdulillah, kami seperti biasa.

Walaupun tidak duduk bersemuka tapi aku sudah melupakannya dan jika ketemu sekalipun aku pasti tidak mahu bicara tentang ini lagi…

Mr. X, Tuhan telah menghukumku dan Tuhan juga telah menemukan kamu dengan seseorang yang lebih baik dari diriku dan juga kamu bakal disandingkan dengannya tidak lama lagi.  Setiap yang terjadi pasti ade sebabnya.  Percayalah…

: Didraft sebaik sahaja aku membaca sesuatu.  Syukur…

: out : 6.06 a.m   

Tuesday, August 3, 2010

Ade saya kisah!!

Salam,

Tajuk entri pun dah boleh agak aku sedang atau bakal membenci...tapi ku sabarkan hati ini sebab ingat TTM ku berkata "Jangan benci orang...biar orang buat kat kita tapi kita jangan buat kat orang".  Justeru itu di sini ingin aku katakan "aku tidak membenci kamu tapi jangan buat aku benci kamu"

Mungkin dier tidak puas hati dengan aku di atas sebab-sebab yang dulu pernah terjadi suatu kehancuran (mesti fikiran kalian sudah berfikir itu ini).  Sesiapa sahaja lah yang makan cili dier yang terasa pedas.

Terima kasih kepada yang ku gelar informer (semua kawan2ku akan ku gelar informer sebab dorang akan bercerita jika cerita itu memfitnah aku).  Selepas dengar semua - TING!! (nama2 itu naik di kepala)..Ade saya kisah!! (masih menggunakan 'saya')

Putar belit cerita..itu hobi anda atau menambah2kan cerita juga hobi anda..banyak sungguh hobi kamu..mungkin tiada kerja di waktu lapang...memang bagus jika diisi waktu lapang itu tapi bukan lah dengan hobi yang sebegini...

Untuk pengetahuan sesiapa yang bakal membaca, pada 14 Julai 2010 yakni hari Rabu malam, aku ke sana untuk berjumpa BOS lamaku...di ulangi BOS lamaku...atas urusan kerja...pergi bersama seseorang bukanlah kerana sengaja...tapi juga aku ade sebab2 tertentu...cukup itu sahaja..jika masih tidak puas hati sila berdepan dengan aku tapi bukan lah bercerita benda yang tidak benar sama sekali.

Well, selepas mendengar semua itu, hati sudah surut untuk berkata "Saya terima offer itu"...

Sekian,

Aku maafkan kamu wahai pencerita....

: out : 9.32 a.m.

Monday, August 2, 2010

31 Julai 2010



Salam,

Sedang aku meng'online'kan diri, mesej hpku berbunyi...

"Ayah sakit"

Kali ini bukan panggilan yang aku terima seperti mana yang terjadi pasa 3 Jun 2009.  Aku pasti hanya mesej sahaja yang kakakku mampu.

Sesaat sahaja aku membaca mesej aku teruskan mengambil kunci kereta dan....sekali lagi aku memecut tanpa fikir apa.

....................................................................

Ayah sakit...

Biarpun tidak seteruk tahun lalu, namun ia sudah mampu membuatkan aku terkedu yang amat.  Saat menerima mesej daripada kakakku memberitahu perkhabaran berita tersebut, aku tidak mampu meneruskan kata. 

Keadaan ayah lemah. hanya mampu berbaring dan tidur. sesekali ayah terjaga dek batuk & sakit2 badan.  Ada ketikanya juga, ayah muntah.  Ayah juga hanya mampu membenarkan dua sudu bubur nasi menjengah tekaknya.  Ketika ini semua berlaku, aku tidak mampu memandang ayah. bimbang air mata gugur.

Dalam pd itu, tersentuh hati melihatkan mak yg cekal menjaga ayah biarpun keadaan kesihatan mak juga tidak memuaskan.  Pernah suatu ketika dahulu, ayah bersuara. katanya, "ayah beruntung sgt dpt mak kau jd isteri."

Ayah, ketahuilah bahawasanya kami, anak2 ayah, juga beruntung kerana memiliki ayah & mak.

Aku sayang mak, ayahabangabangahakakanakak aishahtashaismaliyahasnul husna. Aku juga sentiasa mengingati arwah shahidah walaupun tidak sempat bermain bersamanya.

Ya, Allah... kupohon semoga masih Kau berikan kesempatan untukku menjalani ibadah puasa & merasai kemeriahan hari raya bersama keluargaku.

Akan aku pastikan tiada apa yang bakal menjadi penghalang kasih sayang aku terhadap keluarga dan semestinya terhadap Allah.
Hatiku di rumah....

: out : 7.22 p.m.