Monday, August 2, 2010

31 Julai 2010



Salam,

Sedang aku meng'online'kan diri, mesej hpku berbunyi...

"Ayah sakit"

Kali ini bukan panggilan yang aku terima seperti mana yang terjadi pasa 3 Jun 2009.  Aku pasti hanya mesej sahaja yang kakakku mampu.

Sesaat sahaja aku membaca mesej aku teruskan mengambil kunci kereta dan....sekali lagi aku memecut tanpa fikir apa.

....................................................................

Ayah sakit...

Biarpun tidak seteruk tahun lalu, namun ia sudah mampu membuatkan aku terkedu yang amat.  Saat menerima mesej daripada kakakku memberitahu perkhabaran berita tersebut, aku tidak mampu meneruskan kata. 

Keadaan ayah lemah. hanya mampu berbaring dan tidur. sesekali ayah terjaga dek batuk & sakit2 badan.  Ada ketikanya juga, ayah muntah.  Ayah juga hanya mampu membenarkan dua sudu bubur nasi menjengah tekaknya.  Ketika ini semua berlaku, aku tidak mampu memandang ayah. bimbang air mata gugur.

Dalam pd itu, tersentuh hati melihatkan mak yg cekal menjaga ayah biarpun keadaan kesihatan mak juga tidak memuaskan.  Pernah suatu ketika dahulu, ayah bersuara. katanya, "ayah beruntung sgt dpt mak kau jd isteri."

Ayah, ketahuilah bahawasanya kami, anak2 ayah, juga beruntung kerana memiliki ayah & mak.

Aku sayang mak, ayahabangabangahakakanakak aishahtashaismaliyahasnul husna. Aku juga sentiasa mengingati arwah shahidah walaupun tidak sempat bermain bersamanya.

Ya, Allah... kupohon semoga masih Kau berikan kesempatan untukku menjalani ibadah puasa & merasai kemeriahan hari raya bersama keluargaku.

Akan aku pastikan tiada apa yang bakal menjadi penghalang kasih sayang aku terhadap keluarga dan semestinya terhadap Allah.
Hatiku di rumah....

: out : 7.22 p.m.

No comments:

Post a Comment