Wednesday, November 25, 2009

Rombongan...

Salam,

Bercerita tentang rombongan pastinya di fikiran sekarang terfikir tentang pinangan...hmmm..ya..rombongan yang datang ke subang tadi seperti memingan...yela nk berkerja pun kne jmpe mak ayah ala2 meminang gitu...sangat suprise...tadi keluarga Hj. Musri datang ke subang wakil dari YB untuk meminangku..bukan meminang untuk seseorang tetapi pinangan bekerja...aku sangat gelisah...keputusan masih tergantung...perasaan masih libang libu....otak masih empty...fikiran masih buntu...segalanya negatif tiada positif...kehidupan kini dipenuhi gelak ketawa yang sangat plastik tetapi dalam hati hanya Dia yang tau...

Banyak juga yang diborakkan...segalanya yang penting dipersoalkan...Alhamdulilah...segalanya juga dapat dijawab dengan jelas...(kalau lepas ni tak jelas tak tau nk habaq)...rombongan dihidangkan dengan mee goreng dan teh...ala kadar...mata ini dah sampai ngantuk menunggu proses peminangan berlangsung sehinggalah lebih kurang pukul 10.30 barulah dapat aku pulang ke batu 3 dengan mata yang sangat ngantuk...huhu

Hasil dari peminangan itu tarikh perkahwinan Insyaallah berlangsung pada awal januari depan...


Aku harap keputusan yang bagiku masih 50-50 ini ade hikmah di sebaliknya...seperti sepotong lirik...

'Kalau ku pilih disini...apa kata disana...'
'Kalau ku pilih disana...disini akan terluka...'

Aku stress!!

: out : 12.11 a.m.

Friday, November 20, 2009

Hard to make decision...


Salam,

Semalam...

Selepas satu pertemuan dengan yang sepatutnya...hati sudah tenang...hati sudah hampir terbuka sepenuhnya...

2 jam yang berlalu...

Selepas satu pertemuan dengan yang sepatutnya...hati kembali berbelah bagi...Solat Istikharah masih tidak dapat dilakukan (atas sebab2 tertentu)...aku jd berat hati...byk pro con yang perlu dititik beratkan...hmmm...minggu depan satu keputusan yang sangat sukar perlu di lakukan...kali ni aku tak yakin dengan keputusan 'itu'...patutkah?..hmmm...melepaskan peluang yang org lain 'kejar'...ade hikmah semuanya ini...

: out : 2.07 p.m.

Wednesday, November 18, 2009

Chaiyok!!!


To get something you never had, you have to do something you never did....



Go Ada go!!!


Insyaallah...


: out : 7.50 p.m.

Friday, November 13, 2009

Gembira dalam Sedih vs Kecewa dalam Duka

Salam,

hmm...kalau bce tajuk post kat atas tu pun dah bole tau ape isi entri ni..mesti sedih...yeah...memang tika ini aku sgt sedih dgn statement seseorang itu...sangat kecik ati...sekaligus wat aku down jap td...but still..i'm good in pretending rite!...hey shuhadah! sampai bila nk pretending ni...wake up gurl!...but believe me...surely nobody will believe wat eva aku coretkan jap lg...its happen just beberapa jam yg lalu...dan of course if sape2 yg ade ngan aku beberapa jam yg lepas tau di manakah situasi itu...

"Bila ada smpi?ada ni sibuk je...mne ade kitorng situ ade ada...(tanpa memandang)"...ya Allah...ntahlah...kali ni aku btol2 terkesima seketika..btol2 buatku sentap jap ngan statement dari seseorang tu (tak perlu la aku mentionkan nmenye)...aku ni menyibuk ke?kedatangan aku ni serabutkan keadaan ke?aku dtg kerana dijemput...aku dtg untuk berkongsi kegembiraan...aku dtg memberi sokongan...dan aku dtg kerana aku mahu dtg...hmmm...pantas trus aku ilangkan diri wat seketika dari tmpt kejadian (sebelum ade orang melihat reaksiku yg agak tergamam)...ya...aku pegi solat...berckp denganNya buat aku tenang...

Mengapa?jahat sangatkah aku?

Mungkin ia gurauan semata-mata...(ya...aku harapkan ianya gurauan)...

Aku lost @ down

: out : 12.24 a.m.


Wednesday, November 4, 2009

Syurga Cinta..

Gadis bertudung…
Gadis tersebut adalah Syuhadah yang wataknya dilakonkan oleh Heliza AF, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati.  Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.  Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup.  Irham (Awal Ashaari) melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal (adik Haziq).  Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ‘misi’nya.  Melihat ketulusan Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang….

Petikan diatas ialah synopsis cerita ‘Syurga Cinta’ sebuah filem komedi romantis arahan Ahmad Idham.

Kenapa aku post entri ni?

It was a nice story actually…yg bestnye nama watak utama seperti namaku cuma ejaan lain sket and also perwatakan cikgu Syuhadah ade sedikit berbeza denganku.  Jalan cerita yang bagiku simple but menghiburkan.  Cuma pada pendapat aku, Heliza masih tidak dapat melakonkan watak yang diberi dengan baik.  Masih perlu berlajar untuk meyelami watak tersebut…Nampak tak natural sangat. 

Memang dulu niat nak tengok di pawagam tapi tak kesampaian di atas kesibukan kerja.  Lagi-lagi time ditayangkan time tula aku sibuk menyiapkan segala tugas sebelum berhenti kerja.  Puas mencari DVD akhirnya ketemu jua…malam minggu lalu aku sibukkan diriku sendirian menonton di rumah…ade gak aku membayangkan jika aku berada di tempat cikgu Syuhadah…huhu…macamana la gamaknye ek…mesti aku sangat kecewa dengan semua itu…hmmm…harapanku jika ia menimpa diriku, ia sekadar mimpi di siang hari…

Minggu ni mahu menonton ‘The ugly Truth’ pulak…kabonye citer ni best…we’ll see…

: out : 10.58 p.m.

Tuesday, November 3, 2009

Sempat pun...:)

Salam,

hmm..igt tak sempat...akhirnya aku gagahkan diri gak g tgk muvi 'Papadom'...yeah..it was nice story...very nice...the word from da skrip sgt menarik...really touch me...sampaikan airmata mengalir sewaktu menonton...Tahniah and 5 star untuk pengarahnyer...

"Experience is the best TEACHER"

Yeah..deeply agree wit dat...

: out : 12.44 p.m.