Wednesday, November 4, 2009

Syurga Cinta..

Gadis bertudung…
Gadis tersebut adalah Syuhadah yang wataknya dilakonkan oleh Heliza AF, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati.  Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.  Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup.  Irham (Awal Ashaari) melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal (adik Haziq).  Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ‘misi’nya.  Melihat ketulusan Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang….

Petikan diatas ialah synopsis cerita ‘Syurga Cinta’ sebuah filem komedi romantis arahan Ahmad Idham.

Kenapa aku post entri ni?

It was a nice story actually…yg bestnye nama watak utama seperti namaku cuma ejaan lain sket and also perwatakan cikgu Syuhadah ade sedikit berbeza denganku.  Jalan cerita yang bagiku simple but menghiburkan.  Cuma pada pendapat aku, Heliza masih tidak dapat melakonkan watak yang diberi dengan baik.  Masih perlu berlajar untuk meyelami watak tersebut…Nampak tak natural sangat. 

Memang dulu niat nak tengok di pawagam tapi tak kesampaian di atas kesibukan kerja.  Lagi-lagi time ditayangkan time tula aku sibuk menyiapkan segala tugas sebelum berhenti kerja.  Puas mencari DVD akhirnya ketemu jua…malam minggu lalu aku sibukkan diriku sendirian menonton di rumah…ade gak aku membayangkan jika aku berada di tempat cikgu Syuhadah…huhu…macamana la gamaknye ek…mesti aku sangat kecewa dengan semua itu…hmmm…harapanku jika ia menimpa diriku, ia sekadar mimpi di siang hari…

Minggu ni mahu menonton ‘The ugly Truth’ pulak…kabonye citer ni best…we’ll see…

: out : 10.58 p.m.

No comments:

Post a Comment