Wednesday, December 30, 2009

Selamat tinggal 2009…Selamat datang 2010

Salam,


Selamat datang ~ Welcome ~ Huan Ying ~ Svagata


First of all, mungkin terlalu awal untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2010.  Tapi bahang untuk menuju tahun baru sudah ade, walau masih tinggal 1 hari lagi untuk melakukan apa yang patut sebelum kaki ini melangkah ke untuk 2010.  Ucapan ini aku tujukan khas buat sesiapa yang mengenali diri aku especially to my family, friends, officemate lama, officemate terkini juga yang akan datang and ‘Teman tapi mesra’ and all those yg byk support aku…Happy New Year!!


Like usual, kebanyakan orang berkobar-kobar untuk memulakan tahun baru.  Begitu juga aku, tidak sabar menunggu 2010 datang untuk aku memulakan azam baru.  Semestinya ia sesuatu yang bagus.  Itu pun jika keinginan itu benar-benar serius dan bukan sekadar bersandarkan kepada tahun BARU.  For me, daripada menekan diri untuk mencapai sesuatu dalam masa satu tahun, lebih baik menentukan matlamat untuk pencapaian yang dimahukan.  Agak banyak jugakla azam aku tp the most important things are to Forgive and to Forget


Hujung tahun 2009 ni juga sudah membariskan dateline yg perlu aku settlekan untuk 2010…menaip buku…thanks God dah ade dateline kalu tak aku sendiri tak tau which one yg kne buat dulu.  Lepas ni kne menyusun segala yang patut.  Well, tahun 2010 juga akan bermulanya kehidupan baru yang sedikit sebanyak mengubah ape yang ku cita2kan untuk menjadi seorang Event Manager.  Menjadi seorang yang dipenuhi dengan documentation dan menjadi seorang yang akan mengekori bosnya…hmm…not in the list…but I believe I can do it…Insyaallah.  Unexpected…but hey! The more difficulties u face, the more experience u will gain…believe that Are-da!!...Kali ini juga keputusan yang dibuat bukan dari diri sendiri…not at all…thanks to my family yang sentiasa bagi support kat anak bongsu diorang ni J…thanks to warga NC gak yang sudi bagi opportunity kat aku untuk aku changes even tak besar perubahan itu tapi dengan niat untuk menjadi lebih baik.  Thank you so much!!!


Tahun 2009 meninggalkan banyak sejarah~episod~kenangan yang sangat indah bagiku…thanks for that…lengkap dengan suka, duka, gembira, sedih.  Untuk mengharunginya, aku tidak keseorangan.  Masih jelas…ade manusia disampingku.  Paling menggembirakan sewaktu mendapat gaji pertama, sewaktu mendapat task pertama, sewaktu berjumpa client pertama, sewaktu berada di bilik meeting buat kali pertama…bermula kehidupan sebenar di dunia kerjaya itu…terharu bercampur gembira.  Juga pada pertengahan tahun, episod indah yang bagiku satu memori yang susah untuk ku lupakan.  Thanks for that too…aku gembira…segalanya akan berlalu…pasti…


Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, tahun 2010 akanku gunakan ia sebaik mungkin…akanku manfaatkan ia sehebat yang boleh…dan yang pastinya akanku ubah diri ini menjadi lebih kuat…yang dulunya suka lari dari masalah, suka sendirian, suka mengalah dan suka menjaga hati…kali ini demi maruahku akan aku pertahankan segalanya…biarlah kalau ia akan menyebabkan aku kehilangan sesuatu@seseorang, at least tidak lagi dipijak sewenang-wenangnya…diam2ku jangan disangka tidak ade perasaan…


Rancang dengan apa yang ada di tangan (will remember that quotes forever)…doaku…


Akhir sekali, sebelum 2009 menutup tirai episod, di kesempatan ini aku ingin menyusun 10 jari meminta maaf jika diri ini menggangu tanpa izin…jika diri ini tidak disenangi...jika diri ini gagal mengawal...maaf...aku juga sudah memaafkan semua orang even melupakannya agak sukar tapi aku percaya memaafkannya sentiasa dan meninggalkannya perlu…akan aku harungi fasa seterusnya dengan cekal dan tabah…Ya Allah..Kau permudahkanlah segalanya...amin


Selamat tinggal 2009!


: out : 1.57 p.m.

Monday, December 28, 2009

Makin dekat...

Salam,

Life gonna be change soon...Doaku moga Tuhan permudahkan segalanya...Thanks kepada semua yang telah memberi support...Family, warga NC, warga Smartworks, teman2, teman tapi mesra, semualah...nk list nama...xyahlah...paham2 sudey...ahaks...Thank you very much :)

: out : 6.10 p.m.


Friday, December 18, 2009

Tanah...


Salam,

Kelmarin ade lepak dengan seseorang...bukak cerita tentang personaliti diri masing2...ade 4 unsur...tanah, air, api dan angin...katenye aku ni di kategorikan sebagai personaliti yang berunsur tanah...sebab aku anak kelima...seseorang yang berunsurkan tanah ni adelah dari anak yang pertama, kelima dan kesembilan...tergerak hati nak tahu ape agaknye disebalik personaliti yang berunsurkan tanah ni....ape lagi...searchla kat internet...:)

Tanah :-

Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melakukan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

hmm...awalnya sifat merendah diri itu sangat betul...memang ade pada aku...tidak cerewet juga betul...ya...dengan sifat itu jugalah akan mengundang impak negatif...dah pun terjadi...dan di kesempatan ini aku harap dengan tibanya tahun baru hijrah ini aku dapat mengubah sedikit demi sedikit sifat negatif ku ini...bole ke?doakan aku..

Bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi?....hmmm...depends..kekadang mmg aku pro untuk mengimbangi emosi but sumtime tu dah xle control..biasala...perempuan...hihi

Ape-ape pun...aku harapkan tahun baru ini aku dapat sinar yang baru untuk lebih menerangi hidup aku...dan juga aku berharap agar cahaya itu dapat menembusi segala-galanya...Insyaallah...

: out : 10.47 a.m.

Wednesday, December 16, 2009

31 Disember 2009

Salam,

Tarikh 31 Disember 2009.  2 peristiwa berkongsi tarikh yang sama.  Yang pastinya ia bakal terjadi serentak...sekiranya dan cukup genap....masing-masing memberi makna yang berlainan...bakal aku coretkan kelak bila tiba tarikhnya...Insyaallah...

: out : 1.21 a.m.

Wednesday, November 25, 2009

Rombongan...

Salam,

Bercerita tentang rombongan pastinya di fikiran sekarang terfikir tentang pinangan...hmmm..ya..rombongan yang datang ke subang tadi seperti memingan...yela nk berkerja pun kne jmpe mak ayah ala2 meminang gitu...sangat suprise...tadi keluarga Hj. Musri datang ke subang wakil dari YB untuk meminangku..bukan meminang untuk seseorang tetapi pinangan bekerja...aku sangat gelisah...keputusan masih tergantung...perasaan masih libang libu....otak masih empty...fikiran masih buntu...segalanya negatif tiada positif...kehidupan kini dipenuhi gelak ketawa yang sangat plastik tetapi dalam hati hanya Dia yang tau...

Banyak juga yang diborakkan...segalanya yang penting dipersoalkan...Alhamdulilah...segalanya juga dapat dijawab dengan jelas...(kalau lepas ni tak jelas tak tau nk habaq)...rombongan dihidangkan dengan mee goreng dan teh...ala kadar...mata ini dah sampai ngantuk menunggu proses peminangan berlangsung sehinggalah lebih kurang pukul 10.30 barulah dapat aku pulang ke batu 3 dengan mata yang sangat ngantuk...huhu

Hasil dari peminangan itu tarikh perkahwinan Insyaallah berlangsung pada awal januari depan...


Aku harap keputusan yang bagiku masih 50-50 ini ade hikmah di sebaliknya...seperti sepotong lirik...

'Kalau ku pilih disini...apa kata disana...'
'Kalau ku pilih disana...disini akan terluka...'

Aku stress!!

: out : 12.11 a.m.

Friday, November 20, 2009

Hard to make decision...


Salam,

Semalam...

Selepas satu pertemuan dengan yang sepatutnya...hati sudah tenang...hati sudah hampir terbuka sepenuhnya...

2 jam yang berlalu...

Selepas satu pertemuan dengan yang sepatutnya...hati kembali berbelah bagi...Solat Istikharah masih tidak dapat dilakukan (atas sebab2 tertentu)...aku jd berat hati...byk pro con yang perlu dititik beratkan...hmmm...minggu depan satu keputusan yang sangat sukar perlu di lakukan...kali ni aku tak yakin dengan keputusan 'itu'...patutkah?..hmmm...melepaskan peluang yang org lain 'kejar'...ade hikmah semuanya ini...

: out : 2.07 p.m.

Wednesday, November 18, 2009

Chaiyok!!!


To get something you never had, you have to do something you never did....



Go Ada go!!!


Insyaallah...


: out : 7.50 p.m.

Friday, November 13, 2009

Gembira dalam Sedih vs Kecewa dalam Duka

Salam,

hmm...kalau bce tajuk post kat atas tu pun dah bole tau ape isi entri ni..mesti sedih...yeah...memang tika ini aku sgt sedih dgn statement seseorang itu...sangat kecik ati...sekaligus wat aku down jap td...but still..i'm good in pretending rite!...hey shuhadah! sampai bila nk pretending ni...wake up gurl!...but believe me...surely nobody will believe wat eva aku coretkan jap lg...its happen just beberapa jam yg lalu...dan of course if sape2 yg ade ngan aku beberapa jam yg lepas tau di manakah situasi itu...

"Bila ada smpi?ada ni sibuk je...mne ade kitorng situ ade ada...(tanpa memandang)"...ya Allah...ntahlah...kali ni aku btol2 terkesima seketika..btol2 buatku sentap jap ngan statement dari seseorang tu (tak perlu la aku mentionkan nmenye)...aku ni menyibuk ke?kedatangan aku ni serabutkan keadaan ke?aku dtg kerana dijemput...aku dtg untuk berkongsi kegembiraan...aku dtg memberi sokongan...dan aku dtg kerana aku mahu dtg...hmmm...pantas trus aku ilangkan diri wat seketika dari tmpt kejadian (sebelum ade orang melihat reaksiku yg agak tergamam)...ya...aku pegi solat...berckp denganNya buat aku tenang...

Mengapa?jahat sangatkah aku?

Mungkin ia gurauan semata-mata...(ya...aku harapkan ianya gurauan)...

Aku lost @ down

: out : 12.24 a.m.


Wednesday, November 4, 2009

Syurga Cinta..

Gadis bertudung…
Gadis tersebut adalah Syuhadah yang wataknya dilakonkan oleh Heliza AF, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati.  Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.  Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup.  Irham (Awal Ashaari) melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal (adik Haziq).  Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ‘misi’nya.  Melihat ketulusan Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang….

Petikan diatas ialah synopsis cerita ‘Syurga Cinta’ sebuah filem komedi romantis arahan Ahmad Idham.

Kenapa aku post entri ni?

It was a nice story actually…yg bestnye nama watak utama seperti namaku cuma ejaan lain sket and also perwatakan cikgu Syuhadah ade sedikit berbeza denganku.  Jalan cerita yang bagiku simple but menghiburkan.  Cuma pada pendapat aku, Heliza masih tidak dapat melakonkan watak yang diberi dengan baik.  Masih perlu berlajar untuk meyelami watak tersebut…Nampak tak natural sangat. 

Memang dulu niat nak tengok di pawagam tapi tak kesampaian di atas kesibukan kerja.  Lagi-lagi time ditayangkan time tula aku sibuk menyiapkan segala tugas sebelum berhenti kerja.  Puas mencari DVD akhirnya ketemu jua…malam minggu lalu aku sibukkan diriku sendirian menonton di rumah…ade gak aku membayangkan jika aku berada di tempat cikgu Syuhadah…huhu…macamana la gamaknye ek…mesti aku sangat kecewa dengan semua itu…hmmm…harapanku jika ia menimpa diriku, ia sekadar mimpi di siang hari…

Minggu ni mahu menonton ‘The ugly Truth’ pulak…kabonye citer ni best…we’ll see…

: out : 10.58 p.m.

Tuesday, November 3, 2009

Sempat pun...:)

Salam,

hmm..igt tak sempat...akhirnya aku gagahkan diri gak g tgk muvi 'Papadom'...yeah..it was nice story...very nice...the word from da skrip sgt menarik...really touch me...sampaikan airmata mengalir sewaktu menonton...Tahniah and 5 star untuk pengarahnyer...

"Experience is the best TEACHER"

Yeah..deeply agree wit dat...

: out : 12.44 p.m.


Wednesday, October 28, 2009

Fuh...

Salam,

Title di atas sudah meng'ekspresi'kan segalanya...the first thrill action i've done..always be the first...wow!!..proud of myself...:)

: out : 12.30 a.m.

Friday, October 16, 2009

Orang itu sangat pelik...kenapa?..ini jawapanku...

Salam,

Kenapa ek?..banyak yang sedang bermain di fikiran aku sekarang ni...
sekejap orang itu macam diri sendiri..
sekejap orang itu dah jadi orang lain..

Adakah kita disini diperlukan saat diperlukan?
- aku ok je saat diperlukan dan aku boleh terima apa2 jua yang akan diberitahu - aku masih tunggu...
- kita manusia memang memerlukan sesama sendiri...

Adakah orang itu masih takut2 jikalau aku tidak boleh menerima?
- 150% sudah dan yang pastinya aku memang sudah menerima dulu lg...

Adakah orang itu gelisah dengan kata-katanya dahulu?
- Insyaallah aku tidak akan tuntut 7 tahun lagi..dun wori k..

Adakah orang itu tidak mahu aku terluka?
- Jujurnya sedikit..tetapi ini dugaan dari-Nya..aku harus terima...dan aku setuju dengan kata2 seseorang..Allah akan berikan yang terbaik untuk orang yang terbaik...'cash'..aku tunggu je..aku juga yakin dengan itu...

Adakah orang itu sudah membenciku?
- Terpulang..hak kamu segalanya...dan aku? tak mungkin...

Adakah orang itu tidak mempercayaiku?
- Juga terpulang...yang pastinya aku yakin dengan apa jua perkataan yang keluar dari mulutku ini...

Adakah orang itu kecewa dengan segalanya?
- Mungkin...masing-masing akan ade kekecewaan itu...

p/s: plizz...dont make me feel so uncomfortable dengan kepelikan itu...aku mahu mencipta bahagia untuk diri sendiri...jika mahu lihat aku bahagia...hilangkan kepelikan itu...:)

Post ini ditujukan kepada orang itu yang aku rasakan semenjak dua menjak ni dier pelik sikit...

: out : 1.12 p.m

Monday, October 12, 2009

Dia datang di awal tahun dan pergi di akhir tahun...

Salam,

Komentar tentang diri ini...dimulakan...

Aku mengawali awal tahun dan mengakhiri akhir tahun 2009 dengan kesedihan dua peristiwa yang menohok terjadi di awal dan akhir.  Masih teringat olehku, tanggal 21 Mei 2009, aku merasa seolah-olah akulah insan yang paling bahagia sekali...masih ade ruang untuk diriku mencipta bahagia...miris hati ini.  Tanggal 25 Ogos 2009, aku telah melakukan sesuatu, kuputuskan menyerah segalanya kepada Yang Maha Esa...aku pasrah dengan pembehentianku di suatu tempat...

Tapi banyak keindahan di tahun ini...itu benar dan pasti...

Bermula dari April 2009, kulihat seseorang sedang menghitung hari.  Malam yang tidak mengena tapi menjadi awal kisahku.  Seseorang yang memberi 'bahagia' dalam hidupku.  Dimulai dari pertemanan yang lugu menjadi sebidang indah dalam hati.

Tahun 2009 menjadi cacatan tersendiri bagiku, dimana akhirnya sebuah gitar membuka jalan manis episod antara aku dan dia.  Gitar kapok yang akhirnya membentuk sebuah jalinan.  Pertemanan yang manis...

Berjalan bersama, makan bersama, tertawa bersama, sedih bersama, melihat kapal-kapal malam hujung sebuah keindahan.  Senangnya berbagi masalah dengan orang yang menjadi sandaran di saat sedih.

'Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang saat beerti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahwa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya.'


Memang 2009 berakhir dengan tidak menyenangkan, kuakhiri tahun 2009 dengan rasa sayang dalam kepahitan, dekat tapi tak bisa bicara, sedih tapi tak bisa berbagi serta tawa dalam tangisan.  Kuakhiri 2009 dengan sebuah renungan...

I'll grieve over the past more than I do now, but the most important thing is the purpose of changing now for the future...

Kuharap semua kesalahan dan kegagalan yang pernah kulakukan di tahun 2009 akan kuperbaiki di tahun 2010...Insyaallah...

: out : 2.06 p.m.









Bismillahirahmanirahim...

Salam,

Pembuka kata dengan bismillah...

Alhamdulillah..selepas 'Cerita Tentang Aku' telah berkubur, kini aku kembali di blog yang sama cuma account yang berbeza...

Aku namakannya 'Suatu Masa Nanti...Itu Pasti'..mengapa?...sungguh istimewa..memberi banyak makna, peristiwa, episod dalam setiap cerita..

Blog kali ini aku harapkan agar ianya tidak memberi masalah kepada sesiapa dan kali ini juga aku akan memegang kata2 seseorang (aku pasti dia ingat) : 'Blog bukan kene ade standard sirim sesiapa'...:)..aku ingat sampai bila2..Insyaallah...

Blog aku ibaratkan sebagai teman tanpa suara (mcm kenal je ayat nih)...teman untuk aku meluahkan yang tersirat dan tersurat...bukan berbentuk diari...tetapi hanya ingin berkongsi...


               Welcome again Are-da'

: out : 12.34 a.m.