Friday, December 18, 2009

Tanah...


Salam,

Kelmarin ade lepak dengan seseorang...bukak cerita tentang personaliti diri masing2...ade 4 unsur...tanah, air, api dan angin...katenye aku ni di kategorikan sebagai personaliti yang berunsur tanah...sebab aku anak kelima...seseorang yang berunsurkan tanah ni adelah dari anak yang pertama, kelima dan kesembilan...tergerak hati nak tahu ape agaknye disebalik personaliti yang berunsurkan tanah ni....ape lagi...searchla kat internet...:)

Tanah :-

Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melakukan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

hmm...awalnya sifat merendah diri itu sangat betul...memang ade pada aku...tidak cerewet juga betul...ya...dengan sifat itu jugalah akan mengundang impak negatif...dah pun terjadi...dan di kesempatan ini aku harap dengan tibanya tahun baru hijrah ini aku dapat mengubah sedikit demi sedikit sifat negatif ku ini...bole ke?doakan aku..

Bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi?....hmmm...depends..kekadang mmg aku pro untuk mengimbangi emosi but sumtime tu dah xle control..biasala...perempuan...hihi

Ape-ape pun...aku harapkan tahun baru ini aku dapat sinar yang baru untuk lebih menerangi hidup aku...dan juga aku berharap agar cahaya itu dapat menembusi segala-galanya...Insyaallah...

: out : 10.47 a.m.

No comments:

Post a Comment