Friday, May 7, 2010

Bercampur

Salam 

Hampir sebulan lebih blog ini sunyi tanpa berita…

Hampir sebulan lebih juga aku berada di alam bekerja yang bukan baru dan bukan lama yang bagiku sedang berada di zon selesa.  Seronok dengan tempat itu (walaupun aku kepingin bangat untuk dapat ‘position’ itu kembali).  Tapi aku tabah dan aku percaya ade hikmah semua itu.  Mujur….benar…hakikatnya, Tuhan lebih mengetahui.  Position itu tidak diberikan kepadaku sebab ia bakal menyusahkan aku juga menyusahkan orang-orang di sekeliling.  Syukur aku panjatkan kerana aku tidak di situ.  Tapi setiap kali aku munculkan diri di sana, tidak lepas walau sesaat pun mata ini menjeling ke tempat itu…senyum tanda percaya tempat itu bukan lagi untuk aku lagi-lagi sudah berubah tempat.

Hari-hariku kini sibuk dengan perkara-perkara yang seronok dan ade juga yang menyakitkan.  Setiap kali singgah di blog teman-temanku, mereka rajin mengupdate blog mereka.  Banyak suka duka dikongsikan di blog masing-masing, dan aku? Bercampur.  Kadang-kadang seronok, kadang-kadang sedih, dan kadang-kadang pura-pura seronok…yeah..it’s me…suka dengan kepura-puraan…tapi kadang-kadang pura-pura itu boleh jadi teman baik.  Boleh membuat seseorang gembira.  Aku gembira tatkala melihat yang lain gembira biarlah walau terpaksa berpura-pura.  Hakikatnya sakit….

Masih segar tatkala berborak dengan seseorang semalam (nama dirahsiakan) “Pikir camner nak memajukan diri sudah...jadi manusia biar jadikan kehidupan kita ni mudah…walaupun susah...” jadi, aku biarkan kesusahan itu menjadi mudah…bole ke aku?Insyaallah…

Lately ni aku memang sangat moody.  Maaf, bak kate seseorang “senyum macamana pun ada, nampak sangat senyum tidak ikhlas…penuh dengan keterpaksaan”.  Sesungguhnya, aku tidak mahu kalian turut sedih setiap kali melihat aku sedih.  Aku mahu kalian gembira supaya bila aku sedang sedih kegembiraan kalian itu aku gunakan…itu je aku mintak…kalau boleh aku mau minta yang lain…lebih dari ini…tapi aku pasti aku taknak..aku dah buang jauh-jauh.  Jauh sangat walau ia dekat.  Tapi, siapa kita nak halang perkara yang tak diinginikan?  The truth colors is here…aku sudah kenal…dan like what I mention kat facebook, ‘aku punyai instinct yang kuat’  ye…sangat kuat.  terima kasih teman kerana pinjamkan kegembiraan itu dulunya aku sewa tapi kali ini aku nak beli boleh? Terima kasih…aku cuba membalas jasa kalian tetapi jika masa tidak mengizinkan, hanya Tuhan yang dapat balas.

Hujung minggu masa dibuang dan dipenuhi dengan aktiviti yang menyihatkan aku…beriadah bersama rakan-rakan.  Juga hujung minggu ini, jadualku bakal terisi dengan aktiviti.

Aku masih bercampur…campur ape? Ikut kata hati….hidup ini bagaikan roda…

v  ** Next post aku akan pastikan ianya punyai icon J yang sangat banyak.  Mahu menceritakan aktiviti hujung minggu ku…yeay!! ~

Aku rindu ibu ~

 : out : 12.04 a.m