Sunday, June 12, 2011

Hati Mahu Bibir Malu ~ Percaya Hati atau Bibir?

Salam,

Soal hati mahupun bibir, yang mana lebih percaya.  Ikutkan mesti percaya bibir kerana itu yang berkata-kata.  Hati pula sukar nak baca walaupun hati sangat tulus.

Tak semua orang boleh percaya bibir jika mereka faham akan hati...
Tak semua orang percaya bibir jika bibir tersekat2 berkata-kata...
Tak semua orang percaya bibir jika mata ke lain...
Tak semua orang percaya bibir jika mereka tahu hati ini memberontak...

Bila dikaitkan tentang hati dan bibir maka orang memikirkan tentang cinta...buka bungkusan...keluarkan diri dalam kotak...kali ini aku bukan berbicara tentang cinta...tapi tentang satu...tentang itu...tentang tawaran...yang hati ini mahu sangat tawaran itu tapi kenapa bibir ini berkata tidak...panjang ceritanya sehingga bibir boleh menipu hati...

Kelmarin mendapat tawaran itu lagi...dari orang yang sama...orang yang saya kenal pertama dalam kerjaya...kali ini bibir mahu kata benar...tapi masih berkata tidak...

GAGAL lagi...

: out : 4.31 p.m.