Tuesday, June 1, 2010

Seronok sangat.. :D..terima kasih beri peluang

Salam,

Tangan ini tidak sabar untuk menaip ape yang sangat seronok tentang tajuk post kali ini...sabar ye jari jemari...kamu bz kan...buat keje dulu k :)

Pagi ini aku sampai awal diofis.  Memang hajat dihati nak menaip sesuatu.  Baik di facebook mahupun blog.  Minggu lepas, aktivitiku diisi dengan pengalaman dulu di mana aku turut serta dalam satu event yang dulunya pernah aku pegang sebagai project manager.  Niat memang mahu bercuti bersama teman-teman, tapi alang-alang mereka di tempat yang sama untuk satu event, aku juga menyelit menyibuk di situ. 

Pagi Jumaat kira-kira pukul 9 pagi, kami mulakan perjalanan menuju ke Ipoh, Perak.  Singgah di Nasyeed.com menculik Sheera :) ..Perut berbunyi mendendangkan lagu ntah ape2 menandakan aku lapar, tapi hati yang tidak sabar untuk 'menyibuk' itu mengetepikan semua perasaan.  Yela..dah lama aku tidak memegang walkie talkie...dah lama aku tidak menyusun meja kerusi...dah lama aku tidak menjaga meja pendaftaran juga sudah lama aku tidak menjaga booth :) ...satu perasaan yang luar biasa.

Tidak dinafikan, di tempatku bekerja juga aku diberi tugasan untuk semua itu.  Tapi berbeza sama sekali.  Kali ini aku berkongsi projek dengan executive lain...jika di tempat dulu aku di beri satu tugasan 100% di bawahku.  Satu event serta merta.  Entah lah..mungkin tidak biasa berkongsi event dengan orang lain, jadi kerjanya tidak seseronok dulu..hmm..ade hikmah semua ini...i believe in that!

Tak mahu sedih2...nk cerita tentang keseronokan di Perak.  Perjalanan ke Perak berjalan dengan lancar diselang-selikan dengan kesesakan lalu lintas yang tidak mempunyai sebab..biasalah...

Kami berlima termasuk si kecil Iffah...juga di dalam kereta, Sis Fara n Bro Kerol (memandu).  Bermacam-macam lagu yang kami nyanyi dalam kereta termasuklah my feveret song :) bagi menghilangkan rase ngantuk dan boring.  Lebih kurang pukul 12 tengah hari kami tiba di Ipoh.  Barulah tangan ini terhegeh-hegeh menekan keypad hp untuk mencari hotel...Suprising!! semuanya FULLY BOOKED...di ulangi FULLY BOOKED!!!...lebih kurang 1/2 jam mencari akhirnya ketemu jua hotel yang dalam ayat cina nya 'cikai'...ahaks...tapi secikai2 pun berbaloi...mcm hotel 5 star..ade WiFi yang penting...ngeh ngeh ngeh...kami lepak di ParkView Hotel..ngam2 2 bilik yang tinggal.

Check in ~ rehat ~ solat...selesai semua, time to bersosial...heheheh...kami ke Fudcourt Giant untuk makan tengah hari...seterusnya menuju ke Tambun...Lost World of Tambun...kebiasaannya orang ke sana untuk mandi manda tetapi disebabkan sebab yang menyebabkan sebab itu :), kami hanya ke zoo dan bermain game sahaja...sungguhpun hanya itu, tapi it was fun u know!!...sangat seronok...aku terlupa sekejap tentang kerja...tentang rutin harianku...pergi jauh2...

Pukul 6 petang kami keluar dari sana menuju semula ke hotel penginapan kami.  Sementara menunggu solat Maghrib, sempat aku berfacebook.  hihi...facebook dan Aku tidak boleh berjauhan...Hai la facebook...kawin jela ngan aku..:)...hp ku berbunyi menandakan mesej masuk..."Kitorang kat Lobby"...mereka sudah menunggu...sori sis...i hate to wait n at the same time i hate people have to wait for me...bergegas aku bersiap...sheera apetah lagi...sekali lagi kami keluar untuk makan malam...

Kami ke Ipoh Parade untuk makan malam...hmm..semuanya restoran cina...adelah yang melayu tetapi tidak mengiurkan...akhirnya ke Marry Brown kami tuju..ngeh ngeh ngeh...Sementara menunggu untuk ke Greentown Mall kami pun mengambil kesempatan berlegar2 dalam Ipoh Parade...

Lebih kurang pukul 9.45 malam kami menuju ke Greentown Mall...malam inilah bermulanya episod seorang project coordinator yang dulunya position ini pernah ku miliki...set up barang...aku pura2 tidak mahu melihat sedikit pun kerja2 tersebut...tapi hati seorang pencinta event ini tidak boleh dinafikan...tanpa berfikir..aku mula bertanya itu ini ke Nurul (yang mengambil alih tugasku)...esok juri dtg kul bape? pendaftaran kul bape? walkie talkie dah charge? sape jage pendaftaran...dan banyak lagi soalan2 yang biasa aku tanyakan sehingga si Nurul dah boring (mungkin dalam hatinya "Siapa punya event ni?"..huhu sori...my mistake..tapi bila dapat jawapan positif dari Nurul hatiku senang menandakan Insyaallah event ini bakal berjalan lancar.  Kami tidak lama di site..masing2 sudah keletihan...pulang ke hotel lebih kurang pukul 11 malam...selepas berfacebook, lampu di tutup...aku hanyut dibuai mimpi...

Pagi itu...

Hati tidak sabar untuk memulakan kerja (macamlah aku ni involve).."Kak Fara, nnt kita jalan2 ek kat Greentown Mall tu mase dorang tengah event"  haha...jangan harap...sampai di site...janjiku entah ke mana n kak fara entah ke mana...aku merasakan akulah project manager untuk event hari tu...(perasan tul Nurshuhadah Hamid ni :)

"Nurul, nk akak tolong ape ni?"
"Akak jaga booth la ek...pastu key in markah" arah Nurul.
"Beres!" jawab ku seronok..even bukan suatu kerja yang berat tapi thanks sangat sebab bagi aku menyibuk...

Tapi seperti biasa..dalam pemerhatianku..kadang-kadang aku bertanyakan ke Nurul...kadang2 juga mungkin suatu arahan..actually bukan arahan tetapi niat untuk membetulkan untuk yang terbaik...sori bos kalu kedatangan daku ini mengacau..huhu...

Dalam event itu berlangsung, ape yang aku nampak masih ade beberapa perkara yang leaking...but nobody perfect...same goes to me...:)

Cuaca agak mendung hari itu...ya..hujan yang sangat lebat...ribut..banjir...ade yang mengatakan "hg tau pasai apa banjir?pasai hg mai la dia banjir" hihi...i take it as a joke...gurauan semata2...sebab aku tau mereka tidak begitu..

Plan B...panjang yang mahu diceritakan...biarlah ia menjadi seribu kenangan kat aku...sangat seronok hari itu...aku seperti dalam mood 'Team' itu kembali...:D

Selesai event, dalam keletihan kami gagahkan juga diri ini untuk pulang ke Shah Alam...singgah di RnR untuk dinner...aku tertido sambil airmata mengalir ~ Aku rindu saat-saat itu ~ 

"Ya Allah, jika tempatku akhirnya bukan di situ, Kau berilah aku tempat yang mungkin hampir sama seperti tempat itu.  Kau permudahkanlah urusan aku...Kau berilah aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang...amin"

Aku tiba di rumah lebih kurang pukul 12 malam...keletihan tetapi tidak mahu tido...mulalah fikiran ini melayang segala bagai...

Terima kasih kepada krew NC...Hari cutiku ditambah dengan pengalaman terindah yang tidak dapat aku ungkaikan...i luv u all so damn much!!!!

Aku menutup diari ini dengan senyuman yang lebar tanda kepuasan...Akhirnya!!!!!

: out : 10.40 a.m.

Friday, May 7, 2010

Bercampur

Salam 

Hampir sebulan lebih blog ini sunyi tanpa berita…

Hampir sebulan lebih juga aku berada di alam bekerja yang bukan baru dan bukan lama yang bagiku sedang berada di zon selesa.  Seronok dengan tempat itu (walaupun aku kepingin bangat untuk dapat ‘position’ itu kembali).  Tapi aku tabah dan aku percaya ade hikmah semua itu.  Mujur….benar…hakikatnya, Tuhan lebih mengetahui.  Position itu tidak diberikan kepadaku sebab ia bakal menyusahkan aku juga menyusahkan orang-orang di sekeliling.  Syukur aku panjatkan kerana aku tidak di situ.  Tapi setiap kali aku munculkan diri di sana, tidak lepas walau sesaat pun mata ini menjeling ke tempat itu…senyum tanda percaya tempat itu bukan lagi untuk aku lagi-lagi sudah berubah tempat.

Hari-hariku kini sibuk dengan perkara-perkara yang seronok dan ade juga yang menyakitkan.  Setiap kali singgah di blog teman-temanku, mereka rajin mengupdate blog mereka.  Banyak suka duka dikongsikan di blog masing-masing, dan aku? Bercampur.  Kadang-kadang seronok, kadang-kadang sedih, dan kadang-kadang pura-pura seronok…yeah..it’s me…suka dengan kepura-puraan…tapi kadang-kadang pura-pura itu boleh jadi teman baik.  Boleh membuat seseorang gembira.  Aku gembira tatkala melihat yang lain gembira biarlah walau terpaksa berpura-pura.  Hakikatnya sakit….

Masih segar tatkala berborak dengan seseorang semalam (nama dirahsiakan) “Pikir camner nak memajukan diri sudah...jadi manusia biar jadikan kehidupan kita ni mudah…walaupun susah...” jadi, aku biarkan kesusahan itu menjadi mudah…bole ke aku?Insyaallah…

Lately ni aku memang sangat moody.  Maaf, bak kate seseorang “senyum macamana pun ada, nampak sangat senyum tidak ikhlas…penuh dengan keterpaksaan”.  Sesungguhnya, aku tidak mahu kalian turut sedih setiap kali melihat aku sedih.  Aku mahu kalian gembira supaya bila aku sedang sedih kegembiraan kalian itu aku gunakan…itu je aku mintak…kalau boleh aku mau minta yang lain…lebih dari ini…tapi aku pasti aku taknak..aku dah buang jauh-jauh.  Jauh sangat walau ia dekat.  Tapi, siapa kita nak halang perkara yang tak diinginikan?  The truth colors is here…aku sudah kenal…dan like what I mention kat facebook, ‘aku punyai instinct yang kuat’  ye…sangat kuat.  terima kasih teman kerana pinjamkan kegembiraan itu dulunya aku sewa tapi kali ini aku nak beli boleh? Terima kasih…aku cuba membalas jasa kalian tetapi jika masa tidak mengizinkan, hanya Tuhan yang dapat balas.

Hujung minggu masa dibuang dan dipenuhi dengan aktiviti yang menyihatkan aku…beriadah bersama rakan-rakan.  Juga hujung minggu ini, jadualku bakal terisi dengan aktiviti.

Aku masih bercampur…campur ape? Ikut kata hati….hidup ini bagaikan roda…

v  ** Next post aku akan pastikan ianya punyai icon J yang sangat banyak.  Mahu menceritakan aktiviti hujung minggu ku…yeay!! ~

Aku rindu ibu ~

 : out : 12.04 a.m

Friday, April 9, 2010

Ku Bukan Aku


The more place u go…the more experience u gain…and at the same time the more people u meet – Bro Azli

Banyak aku belajar…x kesah la…kat mana2 pun…di sana ke, di sini ke, di situ ke…semuanya berbeza…semua punyai satu episod yang hampir sama, cuma watak yang berbeza.  Hidup mesti di teruskan.  Kali ini aku berdoa agar aku tidak tersilap langkah lagi…pasti, aku juga mahukan yang terbaik untuk diriku dan juga diri insan-insan yang terlibat.  Mungkin, something will happen jika aku teruskan ‘perjuangan’ itu…aku pasti Tuhan akan memberikan aku jalan yang betul, yang terbaik untuk masa depan…airmata hampir kering dek kerana itu.  Please, simpanlah sedikit untuk episod yang lebih sedih di kemudian hari nanti…itu katanya…Thanks J

Aku tidak diberhentikan baik di sana, di sini mahupun di situ.  Malah aku juga tidak dipaksa untuk berhenti tetapi aku berhenti atas keputusan orang yang memahami diriku.  Siapa lagi kalau bukan diri ini.

“Shuhadah benti kerja mesti pasal orang lain” Emak ku mengomel.  Hai la mak…anak mak ni baik sangat kot…tak pun asik mengalah aje..smpi org tgk kita mcm semut…kecik ajer…

Bukan baik tapi kita fikir tentang orang lain.  Kita letak diri kita dekat orang lain bukan diri orang lain kena letak dekat kita.  Sepertimana lidah ini berbelit nk membacanya, begitu juga fikiran untuk mengolahnya.  Cuma orang tahu berfikir sahaja yang tidak berbelit.

Always put yourself in another's shoes.  if you feel that it hurts you, it probably hurt that person too.  if you feels that it burden you, it probably burden that person too...

Aku memahami keputusan setiap pihak.  Pasti ade hikmah segalanya.  Yang penting, doa sentiasa mengiringi diriku.  Doaku sendiri, doa keluarga, teman juga sesiapa sahaja. 

“Ada...mungkin tu bukan rezeki ada...mungkin rezeki ada ditempat lain...mulakan keje br tu dgn niat kerana Allah...caiyokkk!!!” ~ komen ini di postkan di wall FB ku…terima kasih insan yang ku gelar kakak@teman.

Aku kaget bila mendapat tahu tempatku bukan di situ…apekan daya, Nurshuhadah Hamid byk sangat demandnya.  Tapi demandku untuk masa depan bukan untuk suka2. Untuk sesuatu yang tidak pasti…unexpected…kalau tidak terjadi tidak tau…jadi aku tidak mahu ianya berlaku sebelum ianya terjadi.  Kind da funny statement.  Itulah aku…degil…J

But hey!  Hidup mesti diteruskan.  Dimana sahaja aku pergi pasti ade baik buruknya.  Mana2 keputusan pasti ade cabang jalannya. Yang pastinya ade 2 jalan, buruk atau baik.  Setiap jalan itu, ade lagi 2 jalan.  Masih yang sama, buruk atau baik ~ Petikan seorang bernama BOS ~ Its non-stop sehinggalah diri ini lenyap di muka bumi. Perlu pandai memilih dan membuat keputusan dan perlu akur dengan setiap keputusan yang dibuat.  Jangan toleh ke belakang.  Pandang sahaja ke hadapan.  Hidup tak boleh nak undo dan jangan sesekali redo jika ia memburukkan keadaan.  Again…do not REDO!!!!…

Ku tutup entri ini dengan lafaz mulia Bismillahirahmanirahim.  Sekali lagi aku mulakan kerjayaku, masa depanku, serta komitmenku dengan satu harapan yang baru. Kamu tahu harapan ape?

: out : 3.15 a.m

Tuesday, March 30, 2010

Unik Bangat











Salam,

First time masuk kedai ni rse mcm was-was sebab semua pekerja dah mcm muka org cina..tp kalau diikutkan nama kedai, melayu gamaknya.  Yang dok jge kaunter juga seorang melayu..hihi...Lapar punya pasal, singgah aje...Alhamdulillah melayu :)...restoran nya sangat unik...pasang citer lme2...lagu old skool...juga barang2 antik yang for me sangat x jemu untuk di tenung..ahaks..siap boleh lepak men game...haha...sementara menunggu masakan siap...sempat bermain game dulu2...very interesting...ttbe rse nk bwk parents g mkn situ...tungga ya :)

: out : 6.45 a.m


Saturday, February 6, 2010

Thanks ya sis!

Salam,

Membaca blog itu aku merasa sungguh seronok dan part of it dengan ayat yg lebih tepat is 'aku lega dan syabas to her'...n thanks sbb dengan post itu dah membuka mata semua pihak bahawasanya...blog kadang2 boleh merosakkan hubungan sesiapa pun...kawan, teman, kekasih, suami, mahupun...sesiapalah...aku juga berharap untuk publish post sebegitu...nntlah...draft nye dah ade tp sepertimana sis berckp kne ade tapisan sehingga yg ke 1000 kali pun xpe...i will...untuk tidak mendatangkan masalah...hihi...

Semalam aku membacanya sekali lagi...benar...ape yang boleh aku ckpkan di sini adalah...aku sangat setuju dengan statement itu...tidak tinggal sedikit pun yg tidak setuju...berborak dengan rakan lama lebih menguatkan 'setuju' itu...thanks my kawan...:)...kdg2 bce blog org ni bole memuhasabahkan diri...tp kadang2 ade yg terlebey sudah...ahaks

sampai sini saja...jmpe lagi di post yang akan di publish sesudah 1000 kali tapisan...:)

Thanks sis...

: out : 11.48 a.m. (sedang menunggu kereta siap di service)

Friday, January 29, 2010

Ketemu Dia

Tika keseorangan
Dan kebingungan
Ku hiba hilang arah

Ku hampir hilang segala-galanya…ohhh
Ku terima semua

Akhirnya ku temu Dia
Memberi kekuatan pedoman
Akanku melangkah
Akanku teruskan kehidupan
Kernaku tahu Dia sentiasa disisiku
Oh Tuhan

Kusujud menghadapmu
Menitis airmata
Butiran tasbih aku alunkan

Kini aku diberikan kekuatan
Menempuh cabaran dugaan

Ku senyum melihat keagunganmu
Memberiku cahaya

Ku sedar aku masih ada
Cinta dan kasihNya
Hatiku pantas pun berkata
Dia segalanya

: Lirik : Nurshuhadah Hamid

Friday, January 1, 2010

Sekiranya…..cukup genap…..bersedia…..

Salam,


Janjiku untuk bercerita di tunaikan di sini…sepatutnya 2 cerita but I guess it will be more complete wit another story untuk di kongsikan…cerita yg terjadi serentak…cerita ini akan dimetaforakan…


Sekiranya…..cukup genap…..bersedia…..


Setahun…


Sekiranya aku masih berkhidmat di tempat lama, tarikh 31 Disember 2009 cukup setahun aku disitu…jika…tapi rezeki aku tidak di situ mungkin.  Keputusan memihak untuk berhijrah ke tempat lain untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain.  Itu dugaku.  Tapi penghijrahan itu adekalanya tak berbaloi… aku redha…di tempat itula aku memulakan dan menghadapi dunia kerjaya.  Juga ditempat itulah aku mengenali client yang Alhamdulillah masih bercontact denganku…Encik Faizall Mu’min…Ustz Uziana BNM…Sis Fazilah Mobecomm…dan ramai lagi…yang pastinya mereka semua ku kenali di tempat lama…Thanks…hmm…walau aku tidak sempat memenuhi setahun itu dengan berkhidmat sebagai Project Coordinator (aku sangat suka position itu) di sana…tali ukhuwah dengan pekerja dan bos2 di sana masih baik…sangat baik…masih seperti sebuah keluarga yang erat…aku rindu semua itu…moga ia berkekalan…Insyaallah…25 September hari terakhirku di situ…walau belum mendapat tempat lain tapi aku dah bagi surat notis...sangat berani...Akhirnya aku merantau di tempat lain…masih bidang yang sama cuma position yang berlainan…


3 bulan…


Cukup genap 3 bulan, tarikh 31 Disember juga menandakan cukup 3 bulan aku berada di situ…tempat penghijrahanku selepas tempat di atas..aku selesa di sana…walaupun masih 50-50 pada hari pertama…hari ke hari aku berjaya menyesuaikan diri di sana…Rutin harian sengaja ku sibukkan diri dengan kerja2 yang adekalanya sengaja ku cari untuk tidak melamun.  Sekumtum bunga di taman membuatkan aku tidak selesa…xde bunga lain nk bergosip…but it was fun to be there with e staff coz dorang ni giler2 termasuklah bos2nye..xdela formal n skema sgt…hmm…aku igtkan disitula akan menjadi sekali lagi titik permulaan bagiku untuk membina kerjaya semula.  Tapi…31 Disember 2009 menjadi hari terakhir aku di sne.  Kenapa?biarlah rahsia…and one more thing…ade episode yg hampir sama berlaku di sini sama seperti episode tempat di atas…shhh…J…keputusan untuk menarik diri sukar dibuat.  It takes about 3 weeks untuk mendapatkan keputusan…but still selepas 3 minggu masih keputusan tak dapat diputuskan.  Feel so guilty bila mereka encounter dengan bermacam-macam cara..sori semua…membazirkan duit je kan…huhu…life must go on…thanks for the nice opportunity to both place…selamat tinggal 2009…selamat datang 2010…
Mulakan dengan bismillah…


Bersedia dengan tugasan baru…di tempat yang baru…di position yang baru…dan sekali lagi berjumpa dengan orang baru..it was fun..other than gain experience, but I’ll meet new people wit new attitude…I like!!...1 Januari 2010…walaupun dalam mood bercuti dan menyambut tahun baru tapi kerja tetap kerja…komitmen perlu di berikan dengan baik.  2010 akan mengubah segala-galanya…harapanku…BERSEDIA!!!


: out : 1.41 a.m.