Tuesday, March 30, 2010

Unik Bangat











Salam,

First time masuk kedai ni rse mcm was-was sebab semua pekerja dah mcm muka org cina..tp kalau diikutkan nama kedai, melayu gamaknya.  Yang dok jge kaunter juga seorang melayu..hihi...Lapar punya pasal, singgah aje...Alhamdulillah melayu :)...restoran nya sangat unik...pasang citer lme2...lagu old skool...juga barang2 antik yang for me sangat x jemu untuk di tenung..ahaks..siap boleh lepak men game...haha...sementara menunggu masakan siap...sempat bermain game dulu2...very interesting...ttbe rse nk bwk parents g mkn situ...tungga ya :)

: out : 6.45 a.m


Saturday, February 6, 2010

Thanks ya sis!

Salam,

Membaca blog itu aku merasa sungguh seronok dan part of it dengan ayat yg lebih tepat is 'aku lega dan syabas to her'...n thanks sbb dengan post itu dah membuka mata semua pihak bahawasanya...blog kadang2 boleh merosakkan hubungan sesiapa pun...kawan, teman, kekasih, suami, mahupun...sesiapalah...aku juga berharap untuk publish post sebegitu...nntlah...draft nye dah ade tp sepertimana sis berckp kne ade tapisan sehingga yg ke 1000 kali pun xpe...i will...untuk tidak mendatangkan masalah...hihi...

Semalam aku membacanya sekali lagi...benar...ape yang boleh aku ckpkan di sini adalah...aku sangat setuju dengan statement itu...tidak tinggal sedikit pun yg tidak setuju...berborak dengan rakan lama lebih menguatkan 'setuju' itu...thanks my kawan...:)...kdg2 bce blog org ni bole memuhasabahkan diri...tp kadang2 ade yg terlebey sudah...ahaks

sampai sini saja...jmpe lagi di post yang akan di publish sesudah 1000 kali tapisan...:)

Thanks sis...

: out : 11.48 a.m. (sedang menunggu kereta siap di service)

Friday, January 29, 2010

Ketemu Dia

Tika keseorangan
Dan kebingungan
Ku hiba hilang arah

Ku hampir hilang segala-galanya…ohhh
Ku terima semua

Akhirnya ku temu Dia
Memberi kekuatan pedoman
Akanku melangkah
Akanku teruskan kehidupan
Kernaku tahu Dia sentiasa disisiku
Oh Tuhan

Kusujud menghadapmu
Menitis airmata
Butiran tasbih aku alunkan

Kini aku diberikan kekuatan
Menempuh cabaran dugaan

Ku senyum melihat keagunganmu
Memberiku cahaya

Ku sedar aku masih ada
Cinta dan kasihNya
Hatiku pantas pun berkata
Dia segalanya

: Lirik : Nurshuhadah Hamid

Friday, January 1, 2010

Sekiranya…..cukup genap…..bersedia…..

Salam,


Janjiku untuk bercerita di tunaikan di sini…sepatutnya 2 cerita but I guess it will be more complete wit another story untuk di kongsikan…cerita yg terjadi serentak…cerita ini akan dimetaforakan…


Sekiranya…..cukup genap…..bersedia…..


Setahun…


Sekiranya aku masih berkhidmat di tempat lama, tarikh 31 Disember 2009 cukup setahun aku disitu…jika…tapi rezeki aku tidak di situ mungkin.  Keputusan memihak untuk berhijrah ke tempat lain untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain.  Itu dugaku.  Tapi penghijrahan itu adekalanya tak berbaloi… aku redha…di tempat itula aku memulakan dan menghadapi dunia kerjaya.  Juga ditempat itulah aku mengenali client yang Alhamdulillah masih bercontact denganku…Encik Faizall Mu’min…Ustz Uziana BNM…Sis Fazilah Mobecomm…dan ramai lagi…yang pastinya mereka semua ku kenali di tempat lama…Thanks…hmm…walau aku tidak sempat memenuhi setahun itu dengan berkhidmat sebagai Project Coordinator (aku sangat suka position itu) di sana…tali ukhuwah dengan pekerja dan bos2 di sana masih baik…sangat baik…masih seperti sebuah keluarga yang erat…aku rindu semua itu…moga ia berkekalan…Insyaallah…25 September hari terakhirku di situ…walau belum mendapat tempat lain tapi aku dah bagi surat notis...sangat berani...Akhirnya aku merantau di tempat lain…masih bidang yang sama cuma position yang berlainan…


3 bulan…


Cukup genap 3 bulan, tarikh 31 Disember juga menandakan cukup 3 bulan aku berada di situ…tempat penghijrahanku selepas tempat di atas..aku selesa di sana…walaupun masih 50-50 pada hari pertama…hari ke hari aku berjaya menyesuaikan diri di sana…Rutin harian sengaja ku sibukkan diri dengan kerja2 yang adekalanya sengaja ku cari untuk tidak melamun.  Sekumtum bunga di taman membuatkan aku tidak selesa…xde bunga lain nk bergosip…but it was fun to be there with e staff coz dorang ni giler2 termasuklah bos2nye..xdela formal n skema sgt…hmm…aku igtkan disitula akan menjadi sekali lagi titik permulaan bagiku untuk membina kerjaya semula.  Tapi…31 Disember 2009 menjadi hari terakhir aku di sne.  Kenapa?biarlah rahsia…and one more thing…ade episode yg hampir sama berlaku di sini sama seperti episode tempat di atas…shhh…J…keputusan untuk menarik diri sukar dibuat.  It takes about 3 weeks untuk mendapatkan keputusan…but still selepas 3 minggu masih keputusan tak dapat diputuskan.  Feel so guilty bila mereka encounter dengan bermacam-macam cara..sori semua…membazirkan duit je kan…huhu…life must go on…thanks for the nice opportunity to both place…selamat tinggal 2009…selamat datang 2010…
Mulakan dengan bismillah…


Bersedia dengan tugasan baru…di tempat yang baru…di position yang baru…dan sekali lagi berjumpa dengan orang baru..it was fun..other than gain experience, but I’ll meet new people wit new attitude…I like!!...1 Januari 2010…walaupun dalam mood bercuti dan menyambut tahun baru tapi kerja tetap kerja…komitmen perlu di berikan dengan baik.  2010 akan mengubah segala-galanya…harapanku…BERSEDIA!!!


: out : 1.41 a.m.

Wednesday, December 30, 2009

Selamat tinggal 2009…Selamat datang 2010

Salam,


Selamat datang ~ Welcome ~ Huan Ying ~ Svagata


First of all, mungkin terlalu awal untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2010.  Tapi bahang untuk menuju tahun baru sudah ade, walau masih tinggal 1 hari lagi untuk melakukan apa yang patut sebelum kaki ini melangkah ke untuk 2010.  Ucapan ini aku tujukan khas buat sesiapa yang mengenali diri aku especially to my family, friends, officemate lama, officemate terkini juga yang akan datang and ‘Teman tapi mesra’ and all those yg byk support aku…Happy New Year!!


Like usual, kebanyakan orang berkobar-kobar untuk memulakan tahun baru.  Begitu juga aku, tidak sabar menunggu 2010 datang untuk aku memulakan azam baru.  Semestinya ia sesuatu yang bagus.  Itu pun jika keinginan itu benar-benar serius dan bukan sekadar bersandarkan kepada tahun BARU.  For me, daripada menekan diri untuk mencapai sesuatu dalam masa satu tahun, lebih baik menentukan matlamat untuk pencapaian yang dimahukan.  Agak banyak jugakla azam aku tp the most important things are to Forgive and to Forget. 


Hujung tahun 2009 ni juga sudah membariskan dateline yg perlu aku settlekan untuk 2010…menaip buku…thanks God dah ade dateline kalu tak aku sendiri tak tau which one yg kne buat dulu.  Lepas ni kne menyusun segala yang patut.  Well, tahun 2010 juga akan bermulanya kehidupan baru yang sedikit sebanyak mengubah ape yang ku cita2kan untuk menjadi seorang Event Manager.  Menjadi seorang yang dipenuhi dengan documentation dan menjadi seorang yang akan mengekori bosnya…hmm…not in the list…but I believe I can do it…Insyaallah.  Unexpected…but hey! The more difficulties u face, the more experience u will gain…believe that Are-da!!...Kali ini juga keputusan yang dibuat bukan dari diri sendiri…not at all…thanks to my family yang sentiasa bagi support kat anak bongsu diorang ni J…thanks to warga NC gak yang sudi bagi opportunity kat aku untuk aku changes even tak besar perubahan itu tapi dengan niat untuk menjadi lebih baik.  Thank you so much!!!


Tahun 2009 meninggalkan banyak sejarah~episod~kenangan yang sangat indah bagiku…thanks for that…lengkap dengan suka, duka, gembira, sedih.  Untuk mengharunginya, aku tidak keseorangan.  Masih jelas…ade manusia disampingku.  Paling menggembirakan sewaktu mendapat gaji pertama, sewaktu mendapat task pertama, sewaktu berjumpa client pertama, sewaktu berada di bilik meeting buat kali pertama…bermula kehidupan sebenar di dunia kerjaya itu…terharu bercampur gembira.  Juga pada pertengahan tahun, episod indah yang bagiku satu memori yang susah untuk ku lupakan.  Thanks for that too…aku gembira…segalanya akan berlalu…pasti…


Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, tahun 2010 akanku gunakan ia sebaik mungkin…akanku manfaatkan ia sehebat yang boleh…dan yang pastinya akanku ubah diri ini menjadi lebih kuat…yang dulunya suka lari dari masalah, suka sendirian, suka mengalah dan suka menjaga hati…kali ini demi maruahku akan aku pertahankan segalanya…biarlah kalau ia akan menyebabkan aku kehilangan sesuatu@seseorang, at least tidak lagi dipijak sewenang-wenangnya…diam2ku jangan disangka tidak ade perasaan…


Rancang dengan apa yang ada di tangan (will remember that quotes forever)…doaku…


Akhir sekali, sebelum 2009 menutup tirai episod, di kesempatan ini aku ingin menyusun 10 jari meminta maaf jika diri ini menggangu tanpa izin…jika diri ini tidak disenangi...jika diri ini gagal mengawal...maaf...aku juga sudah memaafkan semua orang even melupakannya agak sukar tapi aku percaya memaafkannya sentiasa dan meninggalkannya perlu…akan aku harungi fasa seterusnya dengan cekal dan tabah…Ya Allah..Kau permudahkanlah segalanya...amin


Selamat tinggal 2009!


: out : 1.57 p.m.

Monday, December 28, 2009

Makin dekat...

Salam,

Life gonna be change soon...Doaku moga Tuhan permudahkan segalanya...Thanks kepada semua yang telah memberi support...Family, warga NC, warga Smartworks, teman2, teman tapi mesra, semualah...nk list nama...xyahlah...paham2 sudey...ahaks...Thank you very much :)

: out : 6.10 p.m.