Salam,
Tajuk entri pun dah boleh agak aku sedang atau bakal membenci...tapi ku sabarkan hati ini sebab ingat TTM ku berkata "Jangan benci orang...biar orang buat kat kita tapi kita jangan buat kat orang". Justeru itu di sini ingin aku katakan "aku tidak membenci kamu tapi jangan buat aku benci kamu"
Mungkin dier tidak puas hati dengan aku di atas sebab-sebab yang dulu pernah terjadi suatu kehancuran (mesti fikiran kalian sudah berfikir itu ini). Sesiapa sahaja lah yang makan cili dier yang terasa pedas.
Terima kasih kepada yang ku gelar informer (semua kawan2ku akan ku gelar informer sebab dorang akan bercerita jika cerita itu memfitnah aku). Selepas dengar semua - TING!! (nama2 itu naik di kepala)..Ade saya kisah!! (masih menggunakan 'saya')
Putar belit cerita..itu hobi anda atau menambah2kan cerita juga hobi anda..banyak sungguh hobi kamu..mungkin tiada kerja di waktu lapang...memang bagus jika diisi waktu lapang itu tapi bukan lah dengan hobi yang sebegini...
Untuk pengetahuan sesiapa yang bakal membaca, pada 14 Julai 2010 yakni hari Rabu malam, aku ke sana untuk berjumpa BOS lamaku...di ulangi BOS lamaku...atas urusan kerja...pergi bersama seseorang bukanlah kerana sengaja...tapi juga aku ade sebab2 tertentu...cukup itu sahaja..jika masih tidak puas hati sila berdepan dengan aku tapi bukan lah bercerita benda yang tidak benar sama sekali.
Well, selepas mendengar semua itu, hati sudah surut untuk berkata "Saya terima offer itu"...
Sekian,
Aku maafkan kamu wahai pencerita....
: out : 9.32 a.m.
Tuesday, August 3, 2010
Monday, August 2, 2010
31 Julai 2010
Salam,
Sedang aku meng'online'kan diri, mesej hpku berbunyi...
"Ayah sakit"
Kali ini bukan panggilan yang aku terima seperti mana yang terjadi pasa 3 Jun 2009. Aku pasti hanya mesej sahaja yang kakakku mampu.
Sesaat sahaja aku membaca mesej aku teruskan mengambil kunci kereta dan....sekali lagi aku memecut tanpa fikir apa.
....................................................................
Ayah sakit...
Biarpun tidak seteruk tahun lalu, namun ia sudah mampu membuatkan aku terkedu yang amat. Saat menerima mesej daripada kakakku memberitahu perkhabaran berita tersebut, aku tidak mampu meneruskan kata.
Keadaan ayah lemah. hanya mampu berbaring dan tidur. sesekali ayah terjaga dek batuk & sakit2 badan. Ada ketikanya juga, ayah muntah. Ayah juga hanya mampu membenarkan dua sudu bubur nasi menjengah tekaknya. Ketika ini semua berlaku, aku tidak mampu memandang ayah. bimbang air mata gugur.
Dalam pd itu, tersentuh hati melihatkan mak yg cekal menjaga ayah biarpun keadaan kesihatan mak juga tidak memuaskan. Pernah suatu ketika dahulu, ayah bersuara. katanya, "ayah beruntung sgt dpt mak kau jd isteri."
Ayah, ketahuilah bahawasanya kami, anak2 ayah, juga beruntung kerana memiliki ayah & mak.
Aku sayang mak, ayah, abang, abangah, akak, ana, kak aishah, tasha, isma, liya, hasnul & husna. Aku juga sentiasa mengingati arwah shahidah walaupun tidak sempat bermain bersamanya.
Ya, Allah... kupohon semoga masih Kau berikan kesempatan untukku menjalani ibadah puasa & merasai kemeriahan hari raya bersama keluargaku.
Akan aku pastikan tiada apa yang bakal menjadi penghalang kasih sayang aku terhadap keluarga dan semestinya terhadap Allah.
Hatiku di rumah....
: out : 7.22 p.m.
Wednesday, July 21, 2010
Biarkan saja... :)
Salam,
Sunyi blog ni tanpa ayat...well untuk tidak menyakitkan sesiapa juga untuk tidak menghancurkan apa2 baik aku senyap..tapi senyap bukan beerti mengalah tapi hanya Tuhan yang tahu...biarkan saja bak kata mereka..suatu hari nanti..kalu perlu aku berkata..itu pasti..biarkan yang sana setel dulu...cewah..hahahaha...
Right now aku sangat selesa keadaan sekarang...selesa dengan segalanya dan daku sangat hepi dengan itu...thanks sangat2 :) ...
Tahun depan bakal merubah segala-galanya...Insyaallah...juga 7 tahun lagi bakal kah tragedi Mei berulang kembali..ahaks..just kidding...ngeh ngeh ngeh..xde mknenya...hihi...
oklah..mood ceria ni nk gne sampai tahun depan...ngeee
adios...:)
: out :11.30 a.m
Friday, July 16, 2010
Tuesday, June 1, 2010
Seronok sangat.. :D..terima kasih beri peluang
Salam,
Tangan ini tidak sabar untuk menaip ape yang sangat seronok tentang tajuk post kali ini...sabar ye jari jemari...kamu bz kan...buat keje dulu k :)
Pagi ini aku sampai awal diofis. Memang hajat dihati nak menaip sesuatu. Baik di facebook mahupun blog. Minggu lepas, aktivitiku diisi dengan pengalaman dulu di mana aku turut serta dalam satu event yang dulunya pernah aku pegang sebagai project manager. Niat memang mahu bercuti bersama teman-teman, tapi alang-alang mereka di tempat yang sama untuk satu event, aku juga menyelit menyibuk di situ.
Pagi Jumaat kira-kira pukul 9 pagi, kami mulakan perjalanan menuju ke Ipoh, Perak. Singgah di Nasyeed.com menculik Sheera :) ..Perut berbunyi mendendangkan lagu ntah ape2 menandakan aku lapar, tapi hati yang tidak sabar untuk 'menyibuk' itu mengetepikan semua perasaan. Yela..dah lama aku tidak memegang walkie talkie...dah lama aku tidak menyusun meja kerusi...dah lama aku tidak menjaga meja pendaftaran juga sudah lama aku tidak menjaga booth :) ...satu perasaan yang luar biasa.
Tidak dinafikan, di tempatku bekerja juga aku diberi tugasan untuk semua itu. Tapi berbeza sama sekali. Kali ini aku berkongsi projek dengan executive lain...jika di tempat dulu aku di beri satu tugasan 100% di bawahku. Satu event serta merta. Entah lah..mungkin tidak biasa berkongsi event dengan orang lain, jadi kerjanya tidak seseronok dulu..hmm..ade hikmah semua ini...i believe in that!
Tak mahu sedih2...nk cerita tentang keseronokan di Perak. Perjalanan ke Perak berjalan dengan lancar diselang-selikan dengan kesesakan lalu lintas yang tidak mempunyai sebab..biasalah...
Kami berlima termasuk si kecil Iffah...juga di dalam kereta, Sis Fara n Bro Kerol (memandu). Bermacam-macam lagu yang kami nyanyi dalam kereta termasuklah my feveret song :) bagi menghilangkan rase ngantuk dan boring. Lebih kurang pukul 12 tengah hari kami tiba di Ipoh. Barulah tangan ini terhegeh-hegeh menekan keypad hp untuk mencari hotel...Suprising!! semuanya FULLY BOOKED...di ulangi FULLY BOOKED!!!...lebih kurang 1/2 jam mencari akhirnya ketemu jua hotel yang dalam ayat cina nya 'cikai'...ahaks...tapi secikai2 pun berbaloi...mcm hotel 5 star..ade WiFi yang penting...ngeh ngeh ngeh...kami lepak di ParkView Hotel..ngam2 2 bilik yang tinggal.
Check in ~ rehat ~ solat...selesai semua, time to bersosial...heheheh...kami ke Fudcourt Giant untuk makan tengah hari...seterusnya menuju ke Tambun...Lost World of Tambun...kebiasaannya orang ke sana untuk mandi manda tetapi disebabkan sebab yang menyebabkan sebab itu :), kami hanya ke zoo dan bermain game sahaja...sungguhpun hanya itu, tapi it was fun u know!!...sangat seronok...aku terlupa sekejap tentang kerja...tentang rutin harianku...pergi jauh2...
Pukul 6 petang kami keluar dari sana menuju semula ke hotel penginapan kami. Sementara menunggu solat Maghrib, sempat aku berfacebook. hihi...facebook dan Aku tidak boleh berjauhan...Hai la facebook...kawin jela ngan aku..:)...hp ku berbunyi menandakan mesej masuk..."Kitorang kat Lobby"...mereka sudah menunggu...sori sis...i hate to wait n at the same time i hate people have to wait for me...bergegas aku bersiap...sheera apetah lagi...sekali lagi kami keluar untuk makan malam...
Kami ke Ipoh Parade untuk makan malam...hmm..semuanya restoran cina...adelah yang melayu tetapi tidak mengiurkan...akhirnya ke Marry Brown kami tuju..ngeh ngeh ngeh...Sementara menunggu untuk ke Greentown Mall kami pun mengambil kesempatan berlegar2 dalam Ipoh Parade...
Lebih kurang pukul 9.45 malam kami menuju ke Greentown Mall...malam inilah bermulanya episod seorang project coordinator yang dulunya position ini pernah ku miliki...set up barang...aku pura2 tidak mahu melihat sedikit pun kerja2 tersebut...tapi hati seorang pencinta event ini tidak boleh dinafikan...tanpa berfikir..aku mula bertanya itu ini ke Nurul (yang mengambil alih tugasku)...esok juri dtg kul bape? pendaftaran kul bape? walkie talkie dah charge? sape jage pendaftaran...dan banyak lagi soalan2 yang biasa aku tanyakan sehingga si Nurul dah boring (mungkin dalam hatinya "Siapa punya event ni?"..huhu sori...my mistake..tapi bila dapat jawapan positif dari Nurul hatiku senang menandakan Insyaallah event ini bakal berjalan lancar. Kami tidak lama di site..masing2 sudah keletihan...pulang ke hotel lebih kurang pukul 11 malam...selepas berfacebook, lampu di tutup...aku hanyut dibuai mimpi...
Pagi itu...
Hati tidak sabar untuk memulakan kerja (macamlah aku ni involve).."Kak Fara, nnt kita jalan2 ek kat Greentown Mall tu mase dorang tengah event" haha...jangan harap...sampai di site...janjiku entah ke mana n kak fara entah ke mana...aku merasakan akulah project manager untuk event hari tu...(perasan tul Nurshuhadah Hamid ni :)
"Nurul, nk akak tolong ape ni?"
"Akak jaga booth la ek...pastu key in markah" arah Nurul.
"Beres!" jawab ku seronok..even bukan suatu kerja yang berat tapi thanks sangat sebab bagi aku menyibuk...
Tapi seperti biasa..dalam pemerhatianku..kadang-kadang aku bertanyakan ke Nurul...kadang2 juga mungkin suatu arahan..actually bukan arahan tetapi niat untuk membetulkan untuk yang terbaik...sori bos kalu kedatangan daku ini mengacau..huhu...
Dalam event itu berlangsung, ape yang aku nampak masih ade beberapa perkara yang leaking...but nobody perfect...same goes to me...:)
Cuaca agak mendung hari itu...ya..hujan yang sangat lebat...ribut..banjir...ade yang mengatakan "hg tau pasai apa banjir?pasai hg mai la dia banjir" hihi...i take it as a joke...gurauan semata2...sebab aku tau mereka tidak begitu..
Plan B...panjang yang mahu diceritakan...biarlah ia menjadi seribu kenangan kat aku...sangat seronok hari itu...aku seperti dalam mood 'Team' itu kembali...:D
Selesai event, dalam keletihan kami gagahkan juga diri ini untuk pulang ke Shah Alam...singgah di RnR untuk dinner...aku tertido sambil airmata mengalir ~ Aku rindu saat-saat itu ~
"Ya Allah, jika tempatku akhirnya bukan di situ, Kau berilah aku tempat yang mungkin hampir sama seperti tempat itu. Kau permudahkanlah urusan aku...Kau berilah aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang...amin"
Aku tiba di rumah lebih kurang pukul 12 malam...keletihan tetapi tidak mahu tido...mulalah fikiran ini melayang segala bagai...
Terima kasih kepada krew NC...Hari cutiku ditambah dengan pengalaman terindah yang tidak dapat aku ungkaikan...i luv u all so damn much!!!!
Aku menutup diari ini dengan senyuman yang lebar tanda kepuasan...Akhirnya!!!!!
: out : 10.40 a.m.
Friday, May 7, 2010
Bercampur
Salam
Hampir sebulan lebih blog ini sunyi tanpa berita…
Hampir sebulan lebih juga aku berada di alam bekerja yang bukan baru dan bukan lama yang bagiku sedang berada di zon selesa. Seronok dengan tempat itu (walaupun aku kepingin bangat untuk dapat ‘position’ itu kembali). Tapi aku tabah dan aku percaya ade hikmah semua itu. Mujur….benar…hakikatnya, Tuhan lebih mengetahui. Position itu tidak diberikan kepadaku sebab ia bakal menyusahkan aku juga menyusahkan orang-orang di sekeliling. Syukur aku panjatkan kerana aku tidak di situ. Tapi setiap kali aku munculkan diri di sana, tidak lepas walau sesaat pun mata ini menjeling ke tempat itu…senyum tanda percaya tempat itu bukan lagi untuk aku lagi-lagi sudah berubah tempat.
Hari-hariku kini sibuk dengan perkara-perkara yang seronok dan ade juga yang menyakitkan. Setiap kali singgah di blog teman-temanku, mereka rajin mengupdate blog mereka. Banyak suka duka dikongsikan di blog masing-masing, dan aku? Bercampur. Kadang-kadang seronok, kadang-kadang sedih, dan kadang-kadang pura-pura seronok…yeah..it’s me…suka dengan kepura-puraan…tapi kadang-kadang pura-pura itu boleh jadi teman baik. Boleh membuat seseorang gembira. Aku gembira tatkala melihat yang lain gembira biarlah walau terpaksa berpura-pura. Hakikatnya sakit….
Masih segar tatkala berborak dengan seseorang semalam (nama dirahsiakan) “Pikir camner nak memajukan diri sudah...jadi manusia biar jadikan kehidupan kita ni mudah…walaupun susah...” jadi, aku biarkan kesusahan itu menjadi mudah…bole ke aku?Insyaallah…
Lately ni aku memang sangat moody. Maaf, bak kate seseorang “senyum macamana pun ada, nampak sangat senyum tidak ikhlas…penuh dengan keterpaksaan”. Sesungguhnya, aku tidak mahu kalian turut sedih setiap kali melihat aku sedih. Aku mahu kalian gembira supaya bila aku sedang sedih kegembiraan kalian itu aku gunakan…itu je aku mintak…kalau boleh aku mau minta yang lain…lebih dari ini…tapi aku pasti aku taknak..aku dah buang jauh-jauh. Jauh sangat walau ia dekat. Tapi, siapa kita nak halang perkara yang tak diinginikan? The truth colors is here…aku sudah kenal…dan like what I mention kat facebook, ‘aku punyai instinct yang kuat’ ye…sangat kuat. terima kasih teman kerana pinjamkan kegembiraan itu dulunya aku sewa tapi kali ini aku nak beli boleh? Terima kasih…aku cuba membalas jasa kalian tetapi jika masa tidak mengizinkan, hanya Tuhan yang dapat balas.
Hujung minggu masa dibuang dan dipenuhi dengan aktiviti yang menyihatkan aku…beriadah bersama rakan-rakan. Juga hujung minggu ini, jadualku bakal terisi dengan aktiviti.
Aku masih bercampur…campur ape? Ikut kata hati….hidup ini bagaikan roda…
v ** Next post aku akan pastikan ianya punyai icon J yang sangat banyak. Mahu menceritakan aktiviti hujung minggu ku…yeay!! ~
Aku rindu ibu ~
Aku rindu ibu ~
: out : 12.04 a.m
Friday, April 9, 2010
Ku Bukan Aku
The more place u go…the more experience u gain…and at the same time the more people u meet – Bro Azli
Banyak aku belajar…x kesah la…kat mana2 pun…di sana ke, di sini ke, di situ ke…semuanya berbeza…semua punyai satu episod yang hampir sama, cuma watak yang berbeza. Hidup mesti di teruskan. Kali ini aku berdoa agar aku tidak tersilap langkah lagi…pasti, aku juga mahukan yang terbaik untuk diriku dan juga diri insan-insan yang terlibat. Mungkin, something will happen jika aku teruskan ‘perjuangan’ itu…aku pasti Tuhan akan memberikan aku jalan yang betul, yang terbaik untuk masa depan…airmata hampir kering dek kerana itu. Please, simpanlah sedikit untuk episod yang lebih sedih di kemudian hari nanti…itu katanya…Thanks J
Aku tidak diberhentikan baik di sana, di sini mahupun di situ. Malah aku juga tidak dipaksa untuk berhenti tetapi aku berhenti atas keputusan orang yang memahami diriku. Siapa lagi kalau bukan diri ini.
“Shuhadah benti kerja mesti pasal orang lain” Emak ku mengomel. Hai la mak…anak mak ni baik sangat kot…tak pun asik mengalah aje..smpi org tgk kita mcm semut…kecik ajer…
Bukan baik tapi kita fikir tentang orang lain. Kita letak diri kita dekat orang lain bukan diri orang lain kena letak dekat kita. Sepertimana lidah ini berbelit nk membacanya, begitu juga fikiran untuk mengolahnya. Cuma orang tahu berfikir sahaja yang tidak berbelit.
Always put yourself in another's shoes. if you feel that it hurts you, it probably hurt that person too. if you feels that it burden you, it probably burden that person too...
Aku memahami keputusan setiap pihak. Pasti ade hikmah segalanya. Yang penting, doa sentiasa mengiringi diriku. Doaku sendiri, doa keluarga, teman juga sesiapa sahaja.
“Ada...mungkin tu bukan rezeki ada...mungkin rezeki ada ditempat lain...mulakan keje br tu dgn niat kerana Allah...caiyokkk!!!” ~ komen ini di postkan di wall FB ku…terima kasih insan yang ku gelar kakak@teman.
Aku kaget bila mendapat tahu tempatku bukan di situ…apekan daya, Nurshuhadah Hamid byk sangat demandnya. Tapi demandku untuk masa depan bukan untuk suka2. Untuk sesuatu yang tidak pasti…unexpected…kalau tidak terjadi tidak tau…jadi aku tidak mahu ianya berlaku sebelum ianya terjadi. Kind da funny statement. Itulah aku…degil…J
But hey! Hidup mesti diteruskan. Dimana sahaja aku pergi pasti ade baik buruknya. Mana2 keputusan pasti ade cabang jalannya. Yang pastinya ade 2 jalan, buruk atau baik. Setiap jalan itu, ade lagi 2 jalan. Masih yang sama, buruk atau baik ~ Petikan seorang bernama BOS ~ Its non-stop sehinggalah diri ini lenyap di muka bumi. Perlu pandai memilih dan membuat keputusan dan perlu akur dengan setiap keputusan yang dibuat. Jangan toleh ke belakang. Pandang sahaja ke hadapan. Hidup tak boleh nak undo dan jangan sesekali redo jika ia memburukkan keadaan. Again…do not REDO!!!!…
Ku tutup entri ini dengan lafaz mulia Bismillahirahmanirahim. Sekali lagi aku mulakan kerjayaku, masa depanku, serta komitmenku dengan satu harapan yang baru. Kamu tahu harapan ape?
: out : 3.15 a.m
Subscribe to:
Posts (Atom)