Wednesday, February 23, 2011

Berkampung di Stadium Malawati (*_^)

Salam,

Semalam, 22hb Februari 2011 merupakan hari terakhir aku di Smartworks Resources..separuh hari bekerja.  Separuh lagi kami satu ofis menghabiskan masa di RebBox The Curve.  6 jam melalak terasa bahang saat2 akhir aku bakal meninggalkan ofis sekali lagi...setiap lagu pasti akan ade ayat 'Saya tujukan lagu ini kepada....' ahaks...sangat sedey ok! part yg menarik bila lagu 'Takkan Melupakanmu' juga khas kepadaku.  Kami berfeaturing sesama sendiri sambil buat gaya bebas...hihi...selepas melalak, kami mengisi perut pulak...hadoi...aku sempat belasah murtabak ayam...nyum nyum...takpe..masih kurus..hihi :p...

Tiba di ofis pukul 8.10 malam..terus ke stadium meeting bersama team event...yeah!tidak sempat bernafas dengan sangat tenang...sampai di stadium event team sudah mula berdiskusi bagi melancarkan lagi perjalanan event yang bakal diadakan 4 hari ini.

Aku dilantik sebagai Project Manager untuk Karnival Maher Zain Live in Concert.  Berat bahu memikul berat lagi mata memandang...itulah situasi aku sebenarnya...berat untuk terima lantikan itu sebenarnya since aku tidak dapat memberi 100% komitmen dimana aku hanya boleh beroperasi di nc bermula 5 petang sehingga lewat malam.  Terima kasihlah sesape yang teman tu...ngee...Tapi disebabkan tidak cukup manpower aku gagahkan juga...Alhamdulillah, sehinggalah ke hari ini aku dapat melakukan sebaik mungkin walaupun ade sedikit sebanyak gangguan yang bermasalah dari orang yang bermasalah..haha...bolos saja dinding itu. :p

Hari ini, 23hb februari 2011, satu hari di stadium malawati, shah alam dan sekarang aku berada di bilik urusetia mulanya preparation terakhir sebelum the real day! Esok bakal hadapi itu ini yang unexpected..hihi..gudluck miss Ada!



Adios!

Moga Tuhan permudahkan segalanya...Insyaallah...

: out : sambung buat keje : 11.18 p.m.

No comments:

Post a Comment