Monday, April 9, 2012

~ Tips Menjadi Isteri Solehah

Salam,
Bila umur dah meningkat setahun demi setahun terasa ingin melangkah ke satu fasa yang baru...teruja bila melihat kawan2 yang telah mendirikan rumah tangga...mendapat cahaya mata yang comel2 sokmo...masak untuk suami..sediakan keperluan suami..dan mcm2 lagi...seharian lepak bersama teman lamaku, Norliliey buatkan aku rasa mahu kahwin esok je...sangat seronok bila bersama seseorang yang diimpikan untuk menjadi teman sehidup semati.  Dengar Norliliey berceloteh..sedikit pun aku tak jemu..sedikit pun aku tak boring...byk input yang aku dpt...

Tipulah jika mak ayah aku tak pernah bertanya ttg 'personal' ku...jawabku...semuanya terletak pada yang satu...yang kat atas tu ha...kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan..itu je yang mampu aku jawabkan.  Doaku agar semua ahli keluarga ade pada hari bahagiaku nanti...Insyaallah...biarlah aku diraikan oleh seluruh ahli keluarga sebelum diri ini milik bakal suamiku...

seronok sampai terlupa waktu solat...nasib bendera jepun masih berkibar...sementara menunggu dia solat, sempat singgah di MPH berdekatan...terpandang satu buku bertajuk 'Tips Menjadi Isteri Solehah'.  Agak tertarik bukunya...tak smpat nk snap sbb sgt teruja...sempat jugaklah membaca beberapa baris titipan buku yang warnanya kalau tidak silap merah merah cair...

Menjadi seorang wanita sekaligus mengimpikan menjadi seorang isteri yang solehah merupakan idaman dan dambaan bagi setiap wanita mahupun setiap suami di dunia ini.  Seigt aku, beberapa yang dpt aku igt bait2 tips2 untuk menjadi seorang isteri solehah adalah :-

: Jangan sesekali meninggikan suara kepada suami.
: Dengar dengan jelas, sepenuh perhatian ketika suami sedang berbicara.
: Melaksanakan tugasan rumahtangga dengan penuh amanah.
: Tidak membuka hal peribadi diri sendiri dan suami kepada rakan2.
: Sentiasa memberi semangat dan motivasi kepada suami tak kiralah kerjaya atau apa jua yang mendatangkan kebaikan.
: Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami.

dan banyak lagi...sayangnya, wang di dalam wallet tidak mencukupi untuk rembat sebuah..MPH tak kemana...aku akan pastikan buku itu bakal di ruang beraduku...Insyaallah...

Semakin umurku meningkat, semakin tertarik untuk aku membaca genre2 salah satu seperti ini.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu kepada kaum wanita amnya dan kepada diriku khasnya....amin...

: out : 10.13 p.m. : jom sambung buat kerja :)

No comments:

Post a Comment