Thursday, May 31, 2012

Jun 2012 ^__*

Salam, 

Harini 31 Mei 2012, esok dah masuk bulan jun...yeah...bulan kelahiran saya...nak citer tentang tarikh kelahiran, next post lah...^___^

Bila bulan kelahiran sudah mai...makanya nombor umur saya juga mai secara automatiknya...ya! dari 26 sudah masuk 27...belum tua lagi sbb dari pandangan saya seseorang itu saya ertikan sudah tua pabila dia sudah tidak boleh bangun dan berbuat ape2...selagi masih boleh berjalan, melakukan yang termampun, mereka masih belum tua...itu dari persepsi saya...ade yang benar ade yang salah.

Umur 27 sudah cukup untuk saya fikirkan lebih lagi tentang masa depan...getting married?...yeah..salah satu darinya...masih sedang merancang...rileks...pelan2 kayuh...ngee...tapi jari-jemari dah mula menggatal untuk google sana sini ttg perkahwinan..poyo tak..ahaks...saje je..time2 takde keje mulalah gatal tangan...ngee...

Pertanyaan orang ramai termasuk keluarga sedikit kaco hati yang mahu pelan2 kayuh ni...tp masuk telinga kiri keluar telinga kanan...jawabku simple...'Insyaallah, if dier jodoh saya, kita satukan hati'...nak tak nak yg bertanya bakal tidak mahu bertanya lagi...kihkihkih...LOL!...niat saya baik...takde langsung niat jahat...Insyaallah Tuhan membantu bila niat baik...^____^...betul tak??

" Usaha...Doa...Tawakkal...Allah s.w.t mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga "

Seterusnya memikirkan masa depan sampingan yakni ChocALots :)...bulan Jun ni ade promotion sempena bulan kelahiran saya...Alhamdulillah, order da ade beberapa on list..thank you so much yang mengorder...sokongan anda sangat saya hargai...



Lepas bulan kelahiran, mahu pikir2 buat promotion sempena bulan Ramadhan...sedang design2...then nk buat sampingan voucher untuk regular customer...byk betul nk buek ni haaa...tak tercapai akalku..ahaks...Insyaallah...chaiyookkk!!!

Lepas masa depan sampingan, mahu fikir masa depan...erkkk...erkkk...biarlah rahsia...mcm dah melampau plak ape yang saya fikirkan ni...haha...

Mahu sambung keroje, tetiba tangan ni nk menaip-naip...gatai!ahaks...

^______________^ : setiap hari saya mahu senyum macam nih...boleh? LOL !

~ Everything happens for a reason. There's no such thing as mere coincidence.

: out : 10.56 a.m.

Tuesday, May 22, 2012

~ Salam pagi Selasa ^_^

Salam,

Dalam dunia kita tak pernah lari dari masalah...sehebat-hebat manusia pasti akan ade masalah baik kecil atau besar...bagi aku, masalah adalah ibarat tali.  Kadang-kadang bertambah-tambah bersimpul.  Angkara runsing, kita cuba meleraikannya, tapi kadang-kadang bertambah berbelit lagi.  

Ingatlah mereka yang tersenyum, mereka yang ketawa tidaklah bermakna mereka tiada masalah.  Bagi aku, yang penting sekarang bukanlah masa untuk aku fikirkan masalah yang tak habis-habis.  Tapi sentiasa fikirkan kehidupan yang lebih indah bersama yang tersayang...keluarga...teman...juga yang teristimewa...

"Wahai orang-orang yang beriman!  Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran), dan kuatkanlah (perteguhkanlah iman) kesabaran kamu, serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beruntung (beroleh kemenangan)." - Ali Imran : 200

Semangat baru buat aku nak jadikan tali yang tersimpul tadi menjadi riben yang cantik...niat yang baik, pasti Allah membantu...niat aku baik...tak mahu buat lebih berbelit...jom!bantu aku meleraikan tali yang berbelit supaya menjadi riben yang lebih cantik dan sempurna ^________________________________^


Nothing is Impossible...

~ Kalau kita nak...mesti ade cara

: out : 8.37 a.m.

Monday, May 14, 2012

~ Senyum ^_^

Salam,

Senyum..tak perlu kata apa2...senyum!! ^_______________^

Expect The Unexpected...coz i dont expect my life could be like this right now...even byk halangan and dugaan tetapi Allah s.w.t selitkan kegembiraan and pelangi indah untuk aku...aku hanya pelakon Tuhan pengarahnya...Aku yakin ape yang disusunkanNya adalah yang terbaik untukku juga untuk orang sekelilingku...

Setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya...aku percaya ape yang berlaku sehingga ke hari ini ditemani hikmah2 yang sangat indah...Ya Allah, jika ini ketetapanMu...jika itu milikku...aku terima dengan hati yang terbuka dan tulus...hari2ku ditemani dengan something...someone...some place...and some time yang amat bermakna...

Terima kasih Ya Allah...

Senyum ~ SRK :)

: out : 11:32 p.m (esok kembali bekerja seperti biasa..mau cuti lagikkk!!! :)

Monday, April 9, 2012

~ Tips Menjadi Isteri Solehah

Salam,
Bila umur dah meningkat setahun demi setahun terasa ingin melangkah ke satu fasa yang baru...teruja bila melihat kawan2 yang telah mendirikan rumah tangga...mendapat cahaya mata yang comel2 sokmo...masak untuk suami..sediakan keperluan suami..dan mcm2 lagi...seharian lepak bersama teman lamaku, Norliliey buatkan aku rasa mahu kahwin esok je...sangat seronok bila bersama seseorang yang diimpikan untuk menjadi teman sehidup semati.  Dengar Norliliey berceloteh..sedikit pun aku tak jemu..sedikit pun aku tak boring...byk input yang aku dpt...

Tipulah jika mak ayah aku tak pernah bertanya ttg 'personal' ku...jawabku...semuanya terletak pada yang satu...yang kat atas tu ha...kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan..itu je yang mampu aku jawabkan.  Doaku agar semua ahli keluarga ade pada hari bahagiaku nanti...Insyaallah...biarlah aku diraikan oleh seluruh ahli keluarga sebelum diri ini milik bakal suamiku...

seronok sampai terlupa waktu solat...nasib bendera jepun masih berkibar...sementara menunggu dia solat, sempat singgah di MPH berdekatan...terpandang satu buku bertajuk 'Tips Menjadi Isteri Solehah'.  Agak tertarik bukunya...tak smpat nk snap sbb sgt teruja...sempat jugaklah membaca beberapa baris titipan buku yang warnanya kalau tidak silap merah merah cair...

Menjadi seorang wanita sekaligus mengimpikan menjadi seorang isteri yang solehah merupakan idaman dan dambaan bagi setiap wanita mahupun setiap suami di dunia ini.  Seigt aku, beberapa yang dpt aku igt bait2 tips2 untuk menjadi seorang isteri solehah adalah :-

: Jangan sesekali meninggikan suara kepada suami.
: Dengar dengan jelas, sepenuh perhatian ketika suami sedang berbicara.
: Melaksanakan tugasan rumahtangga dengan penuh amanah.
: Tidak membuka hal peribadi diri sendiri dan suami kepada rakan2.
: Sentiasa memberi semangat dan motivasi kepada suami tak kiralah kerjaya atau apa jua yang mendatangkan kebaikan.
: Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami.

dan banyak lagi...sayangnya, wang di dalam wallet tidak mencukupi untuk rembat sebuah..MPH tak kemana...aku akan pastikan buku itu bakal di ruang beraduku...Insyaallah...

Semakin umurku meningkat, semakin tertarik untuk aku membaca genre2 salah satu seperti ini.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu kepada kaum wanita amnya dan kepada diriku khasnya....amin...

: out : 10.13 p.m. : jom sambung buat kerja :)

Thursday, March 1, 2012

~ Alhamdulillah

Salam,

nothing to wrote down...hanya bersyukur kepadaMu Ya Allah...

^_^

: out : 10.20 a.m.

Tuesday, February 21, 2012

~ Bz bee ^_^

Salam,

Sangat bz sehingga tidak terluang masa mengupdate blog yang ini...

mahu cuti rehatkan minda...
mahu tidur yang secukupnya...
mahu bernafas tidak tercungap...
mahu mempersiapkan diri dengan lebih kemas...
mahu semuanya berjalan dengan lancar...Insyaallah

Ya Allah...kau permudahkanlah segalanya...amin...

~ Jom sambung buat keroje...ngee...

rindu nk menaip!

: out : 9.58 a.m.